27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik: Setuju GRS didaftarkan secara rasmi sebagai Gabungan parti politik. 

Robert….sokong GRS didaftar secara rasmi.

KENINGAU:Timbalan Presiden STARSABAH Datuk Robert Tawik @ Nordin sependapat dengan beberapa pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya gabungan ini didaftarkan secara rasmi sebagai Gabungan parti politik. 

Katanya, dengan adanya pendaftaran Gabungan rakyat Sabah sudah tentu lebih memperkukuhkan lagi kerjasama dikalangan  parti-parti yang ada dalam GRS.

“Saya menyokong supaya GRS didaftarkan secara rasmi” kata Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.

Jelasnya, semasa dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sabah yang  lalu, nama  GRS diwar-warkan  dan jika parti-parti yang bekerjasama dalam Pilihanraya Negeri itu  memenangi membentuk kerajaan, maka kerajaan Sabah dinamakan Gabungan  rakyat Sabah. 

“Sekarang GRS sudah terbentuk, maka  tiba masanya GRS didaftarkan secara rasmi agar dalam Pilihan  Raya Negeri akan datang GRS boleh diguna  pakai dalam PRN sabah yang ke17. Dengan terdaftarnya GRS, sudah tentu satu lambang saja akan digunakan oleh parti-parti yang ada dalam GRS”

Menurut Robert, ini lebih mudah dan senang rakyat Sabah mengenali calon-1calon GRS.

Robert berharap agar Ketua Menteri Sabah yang juga selaku Pengerusi GRS dan jawatankuasanya dapat membincangkan saranan tersebut. 

Katanya, penerimaan rakyat terhadap Gabungan Rakyat Sabah  amat menggalakan dan sudah dibuktikan dalam PRN yang lalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN