Robert (empat dari kanan) merakamkan gambar bersama rombongan RELA yang diketuai oleh Harry (tiga dari kanan).
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @Nordin menyarankan agar pihak RELA membuat jadual yang bersistematik dalam melaksanakan tugasan rondaan di kawasan masing-masing.
Beliau juga menyeru agar RELA membuat kesepekatan dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK) dan JKDB bagi memastikan kawasan kampung selamat dari kegiatan-kegiatan yang tidak sihat dari anasir-anasir luar.
“Saya yakin kawasan kampung akan aman dan makmur jika kedua-dua pihak ini menjalinkan kerjasama” katanya selepas menerima Kunjungan Hormat dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Pejabat ADUN N.40 Bingkor di Bandar Baharu Keningau hari ini.
Rombongan lima anggota RELA itu diketuai oleh Ketua Perhubungan RELA Kawasan (KPRK) Herry Gitik.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, beliau akan sentiasa membantu yang termampu agar pasukan RELA dapat menjalankan tugasan mereka dengan lancar demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan orang ramai serta kawasan pekan yang terlibat” ujarnya.
Pada masa sama beliau berterima kasih kepada anggota RELA kerana terus komited menjalankan tugasan yang diamanahkan.
Sementara itu Herry Gitik merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Robert atas kelapangan masa dan memberi ruang kepada mereka dapat membuat kunjungan tersebut.
“Pada kunjungan tersebut pelbagai perkara yang dikongsi oleh Datuk Robert yang amat bermnafaat dan berfaedah kepada kami sebagai anggota RELA” katanya.
Terdahulu dalam kunjungan tersebut kedua-dua pihak telah berkongsi pendapat dan pandangan serta membincangkan berkenaan Tugasan Rondaan RELA di kawasan Pekan Apin-Apin dan Pekan Bingkor.