30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik lawat lokaliti PKPD Kg. Kota Ayangan, serah bantuan bakul makanan.

Robert (empat dari kanan)semasa melawat Kampung Kota Ayangan pagi tadi.

KENINGAU:Pagi ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk  Robert  Tawik  @ Nordin melawat Kampung Kota Ayangan yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang telah dikuatkuasakan bermula pada 1 Ogos hingga 14 Ogos ini.

Dalam lawatan itu Robert yang juga Pembantu  Menteri kerja Raya menyampaikan sumbangan bakul makanan sejumlah 408 bakul kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat.

Robert berkata, sumbangan itu diberikan bagi meringankan beban keluarga yang terbabit kerana sukar mendapatkan bahan keperluan harian berikutan penguatkuasaan PKPD di kampung itu.

Kenderaan-kenderaan yang mengangkut bantuan bakul makanan umtuk diagih-agihkan kepada KIR yang terlibat.

“Kita akan pastikan semua KIR yang terlibat mendapat bekalan makanan  ketika mereka menjalankan PKPD” katanya selepas menyampaikan bantuan.

Beliau turut mendoakan agar semua urusan yang berkaitan dengan penduduk yang menjalankan PKPD dipermudahkan dan dijauhi daripada perkara-perkara buruk.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN