28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert: Pemergian Senator Guan Dee satu kehilangan besar kepada parti dan Negeri Sabah.

KOTA KINABALU:Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku(STARSABAH)Datuk Robert Tawik @ Nordin (gambar) menyifatkan pemergian Setiausaha Agung STARSABAH  mendiang Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi satu kehilangan yang besar kepada parti dan juga Negeri Sabah.

“Takziah kepada keluarga mendiang semoga diberi kekuatan dan dapat bersabar dalam masa yang duka ini” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dan berkata, pemergian mendiang satu kehilangan sahabat baik yang amat dirasai dan kehilangan rakan seperjuangan dalam keluarga STARSABAH yang tiada gantinya.

ADUN Bingkor itu memberitahu, kali terakhir beliau bercakap dengan mendiang ialah pada jam 4.36 petang pada Isnin.

“Semoga roh mendiang ditempatakan dalam kalangan orang-orang yang beriman” doanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN