Robert lawat perkembangan pembinaan jambatan konkrit di Kg.Sasaie, Jalan Bingkor Bypass

Home Tempatan Robert lawat perkembangan pembinaan jambatan konkrit di Kg.Sasaie, Jalan Bingkor Bypass
Robert lawat perkembangan pembinaan jambatan konkrit di Kg.Sasaie, Jalan Bingkor Bypass

Robert (kanan)semasa melawat dan memantau pembinaan jambatan itu.

KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordinmelawat dan memantau perkembangan pembinaan jambatan konkrit di kampung Sasaie, Jalan Bingkor Bypass yang sedang dalam pembinaan, pada Ahad.

Menurut Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor, beliau akan sentiasa melakukan lawatan bagi memastikan pembinaan jambatan ini sentiasa berjalan dengan lancar, tidak tergendala, berkualiti dan siap pada waktu yang ditetapkan.

“Kita berharap pembinaan jambatan berkenaan akan siap tepat pada tempoh demi kemudahan rakyat dan seluruh pengguna di kawasan ini” katanya selepas lawatan itu.

Katanya,  pembinaan ketika ini masih berjalan dengan lancar dan baik.

Terdahulu Robert diberi taklimat oleh pihak pemaju (kontraktor)tentang perkembangan pembinaan jambatan itu.