31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert bantu ringankan kos perbelanjaan lanjut pengajian, rawatan perubatan kepada dua penerima

George mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Azlin.

KENINGAU: Azlin Bte Francis Nair dari Kampung Sandapak yang akan melanjutkan pengajiannya ke UITM cawangan Pulau Pinang bagi mengikuti program Sarjana Muda Kejuruteraan awam menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewam Undangan Negeri (ADUN) Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Pemaju Mukim Bingkor George mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyampaikan sumbangan itu kepada Azlin.

Sumbangan itu diperlukan oleh Azlin bagi menampung sebahagian keperluan semasa memasuki kampus UITM nanti.

Atas sumbangan itu Azlin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Robert atas keprihatinan beliau terhadap kebajikan pelajar.

Turut menerima sumbangan daripada Robert adalah Jock Fang Kajok dari Kampung Bingkor Baru.

Sumbangan itu bagi menampung sebahagian kos perbelanjaan dan pengurusan anak beliau yang akan menjalani rawatan di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Kakitangan pejabat ADUN Bingkor Rozelius Bin Juanis mewakili Robert menyerahkan sumbangan kasih kepada Jock Fang Kajok.

Rozelius berkata, semoga sumbangan ikhlas daripada Datuk Robert itu memberi manfaat seperti diperlukan dan dapat meringankan sedikit beban keluarga Jock Fang Kajok.

Bagi pihak keluarga, Jock Fang Kajok mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Robert atas sumbangan yang diberi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN