30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert: Persatuan Taman Eco Badukan diharap dapat mempromosi tempat, produk pelancongan khususnya dalam kawasan Bingkor

GAMBAR: Robert (tiga dari kiri)menunjukkan plak perasmian Persatuan Taman Eco Bandukan (BANDUKAN ECO PARK) selepas menandatangani plak itu.

KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk  Robert Tawik @Nordin hari ini merasmikan Persatuan Taman Eco Bandukan (BANDUKAN ECO PARK) telah pun ditubuhkan.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, semoga dengan adanya Persatuan ini dapat meningkatkan lagi kehadiran pelancong di kawasan-kawasan menarik di kawasan ini.

Beliau juga berharap agar persatuan ini dapat ditadbir secara lebih teratur serta dapat mempromosikan tempat-tempat atau produk-produk pelancongan di daerah ini khususnya di DUN Bingkor.

“Dengan adanya persatuan ini akan dapat meningkatkan lagi sosioekonomi penduduk setempat melalui pelbagai aktiviti khususnya aktiviti pelancongan” katanya, 

Pada masa sama katanya, penduduk Kampung Bandukan adalah pemain utama dalam mempelbagaikan tarikan pelancong ke Taman tersebut.

Robert menyampaikan Sijil Kelab Belia Kampung Bandukan kepada Pengerusi Kelab, Kenddy Wera Bainding.

Beliau turut meminta Ketua Kampung Dan Pengerusi JPKK kampung tersebut supaya dapat membantu dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Taman ECO Bandukan dalam aktiviti-aktivit yang akan diadakan. 

“Semoga segala usaha-usaha yang dirancang oleh persatuan ini dipermudahkan dan dapat mencapai objektifnya. Penduduk Kampung Bandukan juga perlu memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa Taman  ECO  Bandukan dalam apa juga aktiviti yang dirancangkan” jelasnya.

Dalam program ini juga turut diadakan penyampaian Sijil Kelab Belia Kampung Bandukan yang diterima oleh Pengerusi Kelab, Kenddy Wera Bainding.

Hadir sama Pemimpm Pembangunan Masyarakat (PPM) N.40 Bingkor Junior Fred, Pemaju Mukim Bingkor George Dairie, Pemaju Mukim Apin-Apin, Dennis Joakim, Ketua  Wiramuda dan Ketua Wiranita Starsabah Bahagian dan AJK Bingkor, Timbalan Ketua Bahagian Robert Paulus, AJK Bahagian STARSABAH  N.40 Bingkor Tuan Haji Yazid Hj.Mohd Hasnan Tawik @ Charles dan Ketua Kampung Bandukan Joe Rovok.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN