Ewon menyampaikan hadiah kepada Wilsen, juara kategori 100 miles.
KOTA BELUD: Pelari Sabah mendominasi kategori-kategori utama Kadamaian Adventure Race (KAR) Ultra 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 Julai di Kadamaian, sekali gus membuktikan keupayaan atlet tempatan bersaing dalam perlumbaan ultra denai bertaraf antarabangsa.
Tumpuan terarah kepada kategori baharu 100 Miles (100M) yang diperkenalkan sempena edisi ke-10 penganjuran, menyaksikan Wilsen Singgin muncul juara kategori Lelaki Terbuka selepas menamatkan perlumbaan dalam masa 27 jam 38 minit 2.7 saat.
Mellveen Darius meraih tempat kedua dengan catatan 28 jam 52 minit 45.5 saat, manakala Azman Salama melengkapkan podium di tempat ketiga dengan masa 29 jam 24 minit 54.6 saat.
Bagi kategori 100 Miles Wanita Terbuka, Nurul Emyra Fazira Isnariah Absi dinobatkan juara selepas mencatat masa 34 jam 5 minit 3.6 saat, diikuti Siriporn Leumathong dari Thailand di tempat kedua (36:28:39.0) dan Shamiera Auther di tempat ketiga (38:00:50.1).
Dalam kategori 80 Kilometer Lelaki Terbuka, Milton Amat muncul juara dengan catatan 11 jam 38 minit 10.7 saat, manakala Jude Maikol dan Willy Wilson Jafry masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Kategori 80 Kilometer Wanita Terbuka dimenangi Hasnita Asis dengan masa 14 jam 42 minit 4.0 saat, diikuti Harlin Richard dan Amilisah Laisang.
Bagi kategori veteran, Gustin Tiam menjuarai 80 Kilometer Lelaki Veteran selepas mencatat masa 12 jam 23 minit 22.5 saat, manakala Kona Liau A Ken muncul juara 80 Kilometer Wanita Veteran dengan catatan 17 jam 7 minit 0.2 saat.
Sementara itu, kategori 35 Kilometer Lelaki Terbuka dimenangi Daved Simpat dengan masa 3 jam 58 minit 54.8 saat, diikuti Donal Ronaldi dan Aznil Faez Ismail.
Bagi kategori 35 Kilometer Wanita Terbuka, Felecia Sounam muncul juara dengan catatan 6 jam 10 minit 24.1 saat, manakala Stencie Kimus dan Stephanie Gelawit melengkapkan kedudukan tiga terbaik.
Kategori 35 Kilometer Lelaki Veteran pula dimenangi Ireneus Subil dengan masa 4 jam 45 minit 10.6 saat, sementara Rose Gimbaloh menjuarai kategori 35 Kilometer Wanita Veteran selepas mencatat masa 7 jam 22 minit 47.6 saat.
Dalam kategori 12 Kilometer Lelaki Terbuka, Adrian Petralanda muncul juara selepas menamatkan perlumbaan dalam masa 57 minit 12.9 saat, diikuti Vitus Daimi (59:23.2) dan Syafiq Sapri (1:01:59.7).
Kategori 12 Kilometer Wanita Terbuka pula menyaksikan Vierawatie Haris meraih kejuaraan dengan catatan masa 1 jam 20 minit 21.2 saat, mengatasi Sinaplin Sarawi (1:21:48.8) dan Rusminah Jesman (1:24:06.7).
Bagi kategori 12 Kilometer Lelaki Veteran, Larron Sambuling muncul juara dengan masa 1 jam 11 minit 40.6 saat, diikuti Druce Dahi (1:13:13.0) dan Iswanday Tudin (1:14:51.0).
Kategori 6 Kilometer Lelaki dimenangi Ethan Ezeqiel Medin yang mencatat masa 43 minit 8.3 saat, hanya 4.5 saat mengatasi naib juara Albert Andau (43:12.8), manakala Isaac Onieting Welson menduduki tempat ketiga dengan masa 48 minit 23.2 saat.
Bagi kategori 6 Kilometer Wanita, Effymieaevi Kosai muncul juara dengan catatan masa 53 minit 40.4 saat, diikuti Jessica Adriannie Vincent (1:00:19.3) dan Anglelyna (1:00:38.5).
Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, pada majlis penutupan di Kampung Tambatuon, di sini, hari ini.
KAR Ultra 2026 menghimpunkan lebih 2,000 pelari dari dalam dan luar negara merentasi pelbagai kategori, sekali gus terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara perlumbaan ultra denai paling berprestij di Malaysia serta platform mempromosikan keindahan semula jadi Kadamaian dan daerah Kota Belud kepada komuniti larian antarabangsa.
Edisi ke-10 penganjuran tahun ini turut memperkenalkan kategori 100 Miles sebagai cabaran baharu selain kategori 80 kilometer, 35 kilometer, 12 kilometer dan 6 kilometer.
Perlumbaan berlangsung di sekitar Kadamaian dengan laluan merentasi hutan, sungai dan kawasan berbukit di kaki Gunung Kinabalu.



