26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Remaja lelaki disyaki edar dadah ditahan polis

Superitendan Sammy Newton, Ketua Polis Daerah Penampang

PENAMPANG: Seorang remaja lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat mengedar dadah di sini, Selasa lalu.

Suspek berumur 19 tahun itu ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang, dekat Country Height, kira-kira jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superitendan Sammy Newton, berkata hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek, polis menjumpai satu (1) plastik hitam mengandungi sampul berwarna coklat.

“Hasil pemeriksaan lanjut pihak polis kemudian mendapati satu (1) paket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis Methamphetamine (Syabu) seberat 99.34 gram bernilai lebih kurang RM19,860.00.

RAMPAS…Dadah jenis Methamphetamine (Syabu) yang dirampas dari suspek yang ditahan dekat Country Height, Selasa lalu.

“Suspek seterusnya dibawa ke IPD Penampang dan direman selama tujuh (7) hari bermula 3 Januari 2024”, katanya kepada media, hari ini.

Menurut beliau, hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek turut positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati dan Seksyen 15 (1) (A) yang membawa hukuman denda tidak lebih rm5,000 atau penjara maksimum dua (2) tahun jika sabit kesalahan”, jelas Sammy.



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN