26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ratusan penduduk Kg.Sedul tarik nafas lega, jambatan konkrit siap dan beroperasi sepenuhnya

Abidin (kiri sekali) dan yang lain memberikan tanda bagus untuk jambatan konkrit di Kg Sedul itu

RANAU: Ratusan penduduk kampung di sini menarik nafas lega selepas jambatan konkrit di Kg Sedul Ranau kini siap dan beroperasi sepenuhnya

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir berkata jambatan bernilai RM200,000, berukuran kira-kira 3.5×18 meter itu telah siap dibina dalam masa kira-kira dua bulan sahaja.

“Hari ini kita sedang meninjau jambatan konkrit di Kg Sedul Ranau yang terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Ranau. Sukacita kita katakan pembangunan itu telah memberi banyak manfaat kepada rakyat.

“Di sini kita bersyukur kerana laluan yang menghubungkan ratusan penduduk kampung ke ladang dan kebun mereka akhirnya boleh dilalui kenderaan tanpa sebarang kesulitan berbanding sebelum ini.

“Kami berharap ini memberi manfaat kepada ramai di sini dan kami menggesa orang ramai memanfaatkan sepenuhnya infrastruktur ini. Kita menjangkakan kehidupan seharian penduduk di sini akan lebih baik selepas ini,” kata Abidin.

Beliau berkata berikutan kekangan bajet, jambatan hanya untuk lorong sehala, tetapi ia cukup untuk menampung keperluan penduduk kampung di sini yang kebanyakannya terdiri daripada petani dan pekebun.

Menurut Abidin, pada musim hujan apabila jumlah air sungai semakin meningkat, penduduk kampung tidak lagi perlu risau untuk bertani, berniaga selain menghantar anak ke sekolah, berkat jambatan konkrit yang baru siap dibina.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN