ADVERTISEMENTspot_img

Raja Permaisuri Agung Berkenan Rasmi BFF@Labuan2025

Raja Zarith ketika berkenan melancarkan gimik perasmian BFF@Labuan2025.

LABUAN: Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan merasmikan Borneo Flora Festival @Labuan 2025, festival bunga terbesar di Kepulauan Borneo.

Majlis perasmian berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pada Sabtu.

Hadir sama isteri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dan isteri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Puan Sri Maheran Jamil dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman

Tedahulu pada majlis itu, Raja Zarith Sofiah berkenan menyempurnakan gimik perasmian BFF@Labuan 2025 dan dipersembahkan dengan spesis orkid tropika Ceologyn Pandurata dari hutan hujan Asia Tenggara.

Selepas majlis perasmian Raja Permaisuri Agong turut berkenan melawat tapak festival yang mempamerkan pelbagai spesies tumbuhan eksotik dan terancam, landskap mini serta pelbagai seni hiasan taman.

Bertemakan Borneo Tropical Flora, BFF 2025 menampilkan keunikan dan keindahan flora Borneo melalui pelbagai pameran taman bertema.

BFF@Labuan 2025 merupakan festival bunga berprestij yang julung kali diadakan di Borneo adalah anjuran bersama gabungan tiga agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) melibatkan Perbadanan Labuan, Perbadanan Putrajaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Selain itu, festival yang berlangsung empat hari ini empat hari ini menampilkan 31 taman bertema dengan menonjolkan kekayaaan biodiversiti Borneo di samping mempromosikan pelancongan, merangsang aktiviti ekonomi dan meningkatkan kesedaran alam sekitar di Pulau Labuan.

Pada masa yang sama penganjuran BFF@Labuan2025 diharap dapat melonjakkan lagi potensi Wilayah Persekutuan Labuan, terutamanya dalam membuka lebih banyak peluang pelaburan baharu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN