RAFIE ROBERT
Oleh: Rizalmi Liman
KENINGAU: Rafie Robert kekal menerajui Persatuan Bolasepak Daerah Keningau (Keningau FA) apabila mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Keningau FA bagi sesi 2023 – 2027.
Pemilihan itu diadakan pada Mesyuarat Agung Keningau FA Kali Ke-8, yang diadakan di Bilik Mesyuarat Taman Bandukan Riverside Resort Keningau, pada Sabtu.
Rafie yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) akan dibantu oleh Timbalan Presidennya, Dante S. Tipay.
RAFIE (tengah) semasa Mesyuarat Agung Keningau FA Kali ke-8 pada pemilihan berkenaan.
Manakala Naib Presiden 1 dan 2 masing-masing disandang oleh Moddy Patrick dan Adzley Abdullah.
Selain itu, jawatan Setiausaha dan Bendahari masing-masing dipegang oleh Yuszaimie Abdullah dan Daffri Adzahari.
Sementara itu, seramai sembilan Ahli Jawatankuasa Keningau FA dipilih iaitu Jalumin Santangah, Nurul Hidayah Abdullah, Victor Juanis, Sueli Apin, Kenedy Bukat, Roland F. Anjun, Ali Gadong, Roy Alfiian Kasim dan Syafie Ludi.
Rafie ketika berucap berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan turut mengucapkan terima kasih kepada AJK yang lepas yang telah mencurahkan bakti meningkatkan nama Keningau FA.
Katanya, pada penggal kali ini juga menunjukkan muka-muka baru bagi AJK dan beliau berharap agar AJK-AJK baru dapat bergerak mencurahkan bakti sebaiknya dalam meningkatkan tahap Keningau FA ke aras yang lebih tinggi dalam pelbagai aspek dalam sukan bola sepak ini.