32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan juara keseluruhan Temasya Kokurikulum Peringkat Sabah

Saminan (lima kiri) bersama Kontinjen Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan juara keseluruhan Temasya Kokurikulum Tingkatan Enam 2023 peringkat negeri Sabah.

LABUAN:Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan dalam Temasya Kokurikulum peringkat negeri Sabah Tahun 2023 yang diadakan di Sekolah Menengah Pengiran Omar Sipitang, Sabah, baru baru ini.

Penolong Kanan Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan, Saminan Sabtu berkata kontinjen itu telah menghantar 63 peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 rendah dan 6 atas dalam pelbagai acara.

Di antara acara yang telah dipertandingkan termasuklah Futsal, Badminton, Bola Tampar, Bola Jaring, ICT, Aerodance, Catan dan nyanyian duet.

Pada temasya kali ini, PTE SMK Labuan telah memperolehi 4 emas dalam acara badminton bergu campuran yang diwakili oleh Nur Husnina Farzana Serhan dan Mohammad Khairil Aiman Jastin.

Emas bagi acara ICT diwakili Mohd Iman Zurkernain Haliman, Muhammad Hafizh Danish Abd Aziz, Mohammad Hafiz Azmi Aris@Harris dan Hisyam.

Manakala emas bagi acara catan pula diperolehi menerusi Tiong Yieng Jun, manakala emas bagi acara aerodance dianggotai oleh Karen Hana Besar, Khairun Amani Natasha Khairul Azhar, Christi Deddrie Justine, Qutni Nur Aziah Harris, Nur Nadia Kamsul, Nurfitrisia Nordi dan Rachel Kong Ling.  

Di samping 4 pingat emas itu, kontinjen PTE SMK Labuan turut mendapat satu pingat perak dalam acara catan dan tiga gangsa dalam acara bola tampar, beregu badminton wanita dan  catan.

Temasya kokurikulum kali ini menawarkan 8 acara untuk dipertandingkan

Sebanyak 10 Pusat Tingkatan Enam kawasan Pantai Barat Selatan, WP Labuan dan Telupid Sandakan menyertai temasya itu yang dirasmikan oleh Timbalan Pegawai PPD Sipitang, Adnan Othman.

Turut hadir Pengetua Sekolah Menengah Pengiran Omar Sipitang, Suhaimi Haji Basri selaku penganjur.

Temasya kokurikulum ini adalah merupakan program tahunan dan sebagai medium pelajar-pelajar tingkatan enam untuk menyerlahkan bakat dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.

Selain daripada itu, pelajar yang menyertai temasya ini juga berpeluang mendapat markah kokurikulum di peringkat negeri yang menjadi sebahagian daripada markah penilaian kemasukan ke universiti. 

Temasya kali ini juga berjaya menjalin hubungan persahabatan dalam kalangan peserta sekaligus dapat bertukar-tukar maklumat dalam pelajaran.

Saminan yang juga Ketua Kontinjen mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu SMK Pengiran Omar kerana telah menjemput dan memberi ruang kepada PTE SMK Labuan menyertai temasya kali ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN