Pegawai Penguatkuasa KPDN melakukan pemantauan di salah satu stesen minyak di Labuan
LABUAN; Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan turun padang melaksanakan pemantauan di semua stesen minyak bagi memastikan penyelarasan semula subsidi diesel melalui BUDI Diesel yang bermula pada 1 Julai berjalan lancar.
Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain befkata dua pasukan penguatkuasaan telah mrlakukan pemantauan dan pemefiksaan pada masa sama memberi penerangan mengenai tatacara pelaksanaan makanesma tatacara
kaedah pengesahan kelayakan, serta prosedur permohonan kuota tambahan sebanyak 100 liter diesel bagi penerima yang layak.
“Seiring pelaksanaan mekanisme baharu ini, arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuat kuasa pada 1 April 2026 telah dibatalkan.
“Hasil pemantauan yang dijalankan mendapati operasi di semua stesen minyak yang diperiksa berjalan lancar, termasuk penggunaan sistem BUDI95 dan BUDI Diesel tanpa sebarang isu yang menjejaskan urusan pengguna atau peniaga”, katanya.
Beliau berkata bermula 1 Julai 2026, individu yang layak di bawah program BUDI akan menikmati harga diesel bersubsidi pada kadar RM2.10 seliter, manakala pemegang kelayakan SKDS bagi sektor pengangkutan darat yang layak akan menikmati harga diesel bersubsidi pada kadar RM2.15 seliter”, katanya,
Jelas beliau, pelaksanaan ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memastikan subsidi diesel disasarkan kepada golongan dan sektor yang benar-benar layak, di samping mengurangkan ketirisan serta penyalahgunaan subsidi.
Sementara iti, KPDN Labuan menggesa semua pemilik kenderaan pengangkutan barangan dan pengangkutan awam yang layak tetapi masih belum berdaftar supaya segera mengemukakan permohonan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) melalui portal mysubsidi.kpdn.gov.my bagi memastikan mereka terus menikmati manfaat subsidi yang disediakan oleh Kerajaan.
KPDN akan terus menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pelaksanaan mekanisme BUDI Diesel dipatuhi sepenuhnya serta bekalan bahan api bersubsidi disalurkan kepada golongan sasar mengikut peraturan yang berkuat kuasa.



