ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Labuan siasat Kedai Serbaneka papar harga mengelirukan

Pegawai Penguatkuasa ketika membuat pemeriksaan di kaunter pembayaran Kedai Serbanika berkenaan.

LABUAN:Pegawai Pengustkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan membuat siasatan terhadap aduan pengguna mengenai paparan harga yang dipamerkan mengelirukan.

Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain berkata, bertindak daripada aduan itu, sepasukan pegawai penguat kuasa daripada Bahagian Penguat Kuasa telah menjalankan pemeriksaan ke atas kedai berkenaan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).

Hasil pemeriksaan mendapati sebuah produk tuala wanita masih dipamerkan dengan tanda harga promosi RM3.19 seunit, mengikut hsrgga promosi yang hanya sah hingga 31 Mei 2026.

Bagaimanapun, pengguna berkenaan semasa membuat pembayaran di kaunter, produk berkenaan telah dikenakan harga asal RM4.50 setelah diimbas melalui sistem jualan.

Perbezaan antara harga yang dipamerkan dan harga yang dikenakan telah mengelirukan pengguna ketika membuat pembelian.

” Sehubungan itu, penyelia premis berkenaan disyaki telah melakukan suatu kesalahan di bawah Perenggan 12(1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599] kerana memberikan gambaran yang mengelirukan mengenai harga sesuatu barang bagi tujuan perdagangan”, katanya dalam satu kenyataan di media sosial Facebook rasmi KPDN Labuan, kelmarin.

Jelasnya, produk yang dikaitkan dengan harga yang mengelirukan itu telah disita bagi siasatan lanjut di bawah akta sama.

Jika disabitkan kesalahan katanya, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599], yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan berikutnya, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun, atau kedua-duanya sekali.

Junaidah mengingatkan semua peniaga supaya sentiasa memastikan paparan harga yang dipamerkan adalah tepat, jelas dan selaras dengan harga yang dikenakan di kaunter pembayaran.

Katanya, tindakan ini penting bagi melindungi hak pengguna serta memastikan amalan perdagangan yang adil dan telus.

“Di pihak Pengguna kita sarankan agar sentiasa menyemak harga barang sebelum membuat pembayaran dan menyimpan resit pembelian sebagai bukti sekiranya berlaku percanggahan harga” , tambahnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN