29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pusat Giat Mara Labuan diwartakan sebagai pusat kuarantin ke dua COVID 19

Oleh: JD

LABUAN: Pusat Giat Mara Wilayah Persekutuan Labuan yang baru siap dibina telah diwartakan sebagai pusat kuarantin ke dua di pulau ini.

Demikian kata, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Fary Osman ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan topeng muka sumbangan sebuah syarikat swasta iaitu China Contraction Bank (CCB) cawangan Wilayah Persekutuan Labuan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) COVID 19 di Tingkat 4, Wisma Perbadanan Labuan, pagi Selasa.

MEDIA….Dr Fary ketika ditemui media selepas menerima sumbangan topeng muka dari syarikat China Contruction Bank Cawangan Labuan di Wisma Perbadanan Labuan, pagi Selasa.

Dr Fary berkata, Pusat Giat Mara yang terletak di Kampung Rancha-Rancha itu merupakan pusat kuarantin kedua selepas Pusat Latihan Perindustrian (ILP) Labuan yang telah menempatkan seramai 94 individu yang menjalani proses kuarantin COVID 19.

Dr. Fary yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan berkata, Pusat Kuarantin Giat Mara yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan boleh menampung sehingga 140 individu mula beroperasi hari ini.

“Bagi memastikan pusat kuarantin kedua ini lebih selesa dan mematuhi penjarakan antara satu sama lain, maka kita hanya menempatkan seramai 50 individu sahaja” katanya.

TINJAU… Dr. Fary ketika meninjau persiapan terakhir Pusat Giat Mara Labuan yang diwartakan sebagi Pusat Kuarantin COVID 19 ke dua Labuan.

Belia berkata sehingga kini terdapat kira-kira 300 individu sedang menjalani proses kuarantin di rumah, 16 individu dalam siasatan (PUI) sedang ditahan di hospital, manakala 12 individu disahkan kes positif COVID 19, bagaimanapun dua daripadanya sudahpun pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah.

Dr Fary berkata, pihaknya juga merancang untuk menambah dua lagi pusat kuarantin sebagai pusat tambahan bagi menghadapi kemungkinan ada pertambahan individu yang akan di kuarantin.

Dr Fary yang diiringi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran), Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Haji Ismail dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Perbadanan Labuan, Fadzilah Haji Mahmud turut melakukan tinjuan ke Pusat Giat Mara bagi memastikan segala kemudahan dan kebersihan kawasan itu terjamin sebelum persiapan akhir pemindahan dilakukan. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN