TERIMA KASIH…Datuk Jonathan menerima cenderamata disampaikan Ramlin (kiri) diperhatikan Johana (kanan) dan Hussin (kiri sekali).
RANAU: Majlis Ramah Mesra antara Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta majlis ‘Pelancaran Program Pemulihan Taman Eko Sains, Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, yang dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, pagi tadi (4 Disember) membawa Sinar Permuafakatan yang sangat positif.
Majlis itu yang diadakan di Balai Raya Kg.Lembah Permai Kundasang telah berjalan lancar dalam suasana pematuhan SOP bagi mengekang jangkitan Covid-19.
Datuk Jonathan ketika berucap melancarkan majlis itu memuji PIBG SK.Kundasang kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut meskipun masih dalam pandemik Covid-19.
“Apa yang penting ialah pematuhan kita terhadap semua SOP yang telah dikuat-kuasakan kerajaan”, jelasnya.
Datuk Jonathan mengharapkan kepada guru-guru dan Jawatankuasa PIBG sekolah berkenaan supaya bekerjasama membina semula Taman Eko Sains yang agak terjejas berikutan pandemik Covid-19 sejak tahun 2020.
“Pulihkan semula taman itu sebagai satu sumber atau bahan pembelajaran murid-murid selain menjadi tumpuan pelancong pada masa akan datang”, jelas Jonathan sambil meluluskan peruntukan berjumlaj RM20 ribu bagi membaik pulih Taman Eko Sains tersebut.
Datuk Jonathan juga mengumumkan RM20 ribu ringgit lagi daripada peruntukan Kementerian Pemba gunan Luar Bandar (KPLB) bagi menaiktaraf jalan raya dari pekan Kundasang menuju ke SK.Kundasang.
“Peruntukan ini kita akan usahakan kalau bukan akhir tahun ini (2021)kita laksanakan untuk awal tahun depan (2022)”, tambah Jonathan sambil menyarankan kepada PIBG sekolah itu agar mewujudkan permuafakatan dalam memcetuskan idea menceriakan kawasan sekolah termasuk menanam pokok pine bagi penghijauan panorama sekolah.
Berucap sama mengalu-alukan kehadiran Datuk Jonathan dan semua Jawatankuasa PIBG ialah Guru Besar SK
Kundasang, Juhana Esan Kong dan Pengerusi PIBG SK.Kundasang, Ramlin Nurdin. Manakala hadir sama ialah, Hussin Jirat, Setiausaha Sulit Datuk Jonathan, Ketua Kampung Lembah Permai, Guahil, Pengerusi PIBG SMK.Kundasang, Hatilin Nurdin bersama puluhan guru dan Jawatankuasa PIBG SK.Kundasang.