ADVERTISEMENTspot_img

Projek Pembangunan Semula SMK Labuan di serah kepada KPM

SERAH….Mohd Faizul (kiri) menyerahkan secara simbolik bangunan gantikan Dan Tambahan SMK Labuan kepada Wan Hashim sambil diperhatikan Yahya (kanan sekali).

LABUAN: Projek Pembangunan Semula Gantikan dan Tambahan SMK Labuan yang telah siap sepenuhnya oleh agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan diserahkan kepada pemilik aset Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Majlis penyerahan diserah secara rasmi oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia Labuan, Mohd Faizul Mohd. Ali Hanapiah kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Perancangan) KPM Wan Hashim Wan Rahim yang turut disaksikan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yahya Ahmad Puteh Dan Pengetua SMK Labuan, Mohd Nizam Yassim.

Terdahulu Mohd Faizul berkata, projek bernilai RM 13.97 juta itu mula dibina pada 25 Febuari 2022 dan siap sepenuhnya pada 28 Febuari yang lalu.

Beliau berkata skop projek termasuklah kerja kerja meroboh bangunan blok C sedia ada dan membina blok akademik baharu dengan 9 bilik darjah, bilik guru, dewan serbaguna serta makanikal dan elektrik.

“Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif KPM dalam meningkatkan kualiti infrastrutur pembinaan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN