TINJAU….Jonathan (membelakang) bersama Hussen semasa memeriksa lokasi sungai Lohan yang memerlukan pemasangan jambatan.
0leh: JAINUDDIN NASIR
RANAU: Penduduk Kampung Lohan Ulu (Soborong) dinasihatkan agar bersabar untuk menanti pelaksanaan projek yang bakal diteliti dan dilaksana mengikut keutamaan.
Demikian saranan Ahli Parlimen Ranau, yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri II (KDN), Jonathan Yasin ketika mengadakan Kunjungan Santai ke Kg.Lohan Ulu (Soborong) baru-baru ini.
Sempena lawatan tersebut Jonathan bersama penduduk mengadakan tinjaauan terhadap kerosakan sebuah Jambatan Gantung dan lokasi memerlukan sebuah jambatan baharu merentasi sungai Lohan berhampiran dan kerosakan pada jambatan gantung tersebut akan diberi perhatian untuk dibaiki dengan kadar segera demi keselamatan penduduk.
“Kita akan teliti dahulu mana yang kita beri keutamaan pada projek yang lebih mendesak “, jelas Jonathan.
Beliau memaklumkan, kerajaan memang serius dalam membantu penduduk untuk melaksanakan projek pembangunan menerusi penelitian lengkap bagi menyediakan peruntukan kewangan yang ada.
Hadir sama pada kunjungan santai itu ialah, Hussen Jirat, Setiausaha Sulit (kanan) kepada, Jonathan dan rombongan daripada Pejabat Parlimen Ranau.