ADVERTISEMENTspot_img

Program VARSHA Integriti perkukuh tadbir urus dan budaya antirasuah di Sabah: James

Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) menyampaikan cenderakenangan kepada Datuk James


KOTA KINABALU: Program VARSHA Integriti yang dianjurkan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) disifatkan sebagai inisiatif penting kerajaan negeri dalam memperkukuh tadbir urus serta menanam nilai integriti dan budaya antirasuah dalam kalangan penjawat awam.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, berkata program itu adalah bukti komitmen kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, bahawa integriti bukan sekadar slogan tetapi budaya kerja yang mesti diamalkan oleh seluruh jentera pentadbiran kerajaan.

“Program VARSHA Integriti menjadi payung besar yang menyatukan dasar, polisi dan tindakan untuk menjadikan Sabah sebuah negeri telus, bebas rasuah dan berwibawa,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan, di Sabah International Cobvention Centre (SICC) di sini hari ini.

Menurutnya, KPMKR yang dekat dengan rakyat melihat integriti sebagai asas kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan.
“Rakyat bukan sahaja mahu menerima perkhidmatan, tetapi mahu merasai ia disampaikan secara jujur, telus, adil dan berkesan,” jelasnya.

James menegaskan, integriti adalah kunci utama membina keyakinan rakyat terhadap kerajaan kerana setiap dasar akan memberi impak positif besar sekiranya ia dilaksanakan secara telus dan berprinsip.

Bertemakan “Setting Up the Boundaries” atau “Menetapkan Sempadan”, program itu membawa mesej jelas bahawa garis panduan dan batasan amat penting dalam setiap aspek pentadbiran.

“Integriti bukan hanya soal rasuah, tetapi merangkumi perkara kecil seperti curang tanpa niat yang boleh mencalar imej perkhidmatan awam serta membawa implikasi undang-undang dan tatatertib,” katanya.

Program berkenaan turut menetapkan empat objektif utama, iaitu meningkatkan pengetahuan dan amalan nilai integriti dalam kehidupan seharian; melahirkan warga kerja berpegang pada nilai murni; memperkukuh kecekapan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan; serta meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap isu dan cabaran berkaitan tadbir urus, integriti dan antirasuah.

James berkata, isu curang tanpa niat dalam sektor awam kini semakin diberi perhatian kerana walaupun ia bukan jenayah, perbuatan itu tetap mencemarkan imej perkhidmatan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

“Oleh itu, sistem tadbir urus yang sistematik dan polisi jelas amat penting bagi memastikan konsistensi dalam tindakan terhadap penjawat awam

“Program kesedaran seperti VARSHA Integriti perlu diperluas agar nilai moral, integriti, kesihatan mental dan profesionalisme dapat terus diperkasa dalam kalangan penjawat awam,” ujarnya

Beliau menegaskan, sikap kebertanggungjawaban penjawat awam adalah cerminan integriti sesebuah pentadbiran kerajaan, sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN