31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program Transformasi Pertanian Lembah Hijau Ranau Tarik 130 Peserta.

OLEH ADUKA JASNIN SUMAN & BOY BAIRI.

Admin: Johnny Gampawi.

RANAU – Program Transformasi Pertanian Lembah Hijau Ranau dengan agenda “contract farming” (jual-beli) kepada penduduk daerah ini berjaya menarik lebih 130 orang peserta.

Program anjuran Syarikat ADAP 4ORTY Farm Industry Sdn Bhd yang diadakan di Bayu Paradise, Kg Lohan 1 baru-baru ini telah berkongsi berkenaan tranformasi pertanian  berorientasikan tanaman seperti Halia, Tamarillo, Kopi, Rosell dan Mulberry.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun telah diberi penghormatan menyempurnakan majlis pelancaran seterusnya menyaksikan Memorandum Persefahaman yang dimeterai antara Syarikat ADAP 4ORTY Farm Industry Sdn Bhd dengan Bio Komuniti Hijau Ranau.

ADAP 4ORTY Farm Industry Sdn Bhd milik usahawann muda kelahiran Ranau, Datin Haslinda Haniff telah diwakili  Prof. Dr. Make Jiwan manakala Bio Komuniti Hijau Ranau oleh Koordinatornya, Juhaili Sidek.

Masidi dalam ucapannya mengingatkan para peserta bahawa, sungguhpun kontrak penanaman telah dibuat, mereka tidak seharusnya melaksanakan usaha pertanian secara sambil lewa sehingga menyebabkan kualiti produksi mereka tidak mencapai piawaian yang sepatutnya.

Katanya, pihak syarikat juga harus bertanggungjawab dalam menepati janji mereka untuk terus membeli hasil tanaman sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian antara peserta dan juga syarikat.

“Selain itu, kerjasama diantara kedua-dua pihak sangat penting untuk memastikan program yang dirancang berjalan dengan jayanya.

“Sebagai satu bentuk kerjasama, pihak syarikat juga seharusnya menjual atau membekalkan material pertanian kepada peserta seperti benih, baja dan lain-lain produk syarikat, lebih murah berbanding harga pasaran biasa,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penaja Pimpinan Bersatu Bahagian Ranau mengingatkan kepada para peserta bahawa, kontrak perjanjian bukanlah suatu jaminan kepada angka pendapatan kerana sektor pertanian adalah suatu sektor yang pengeluaran dan pendapatan masih dipengaruhi oleh faktor seperti cuaca, penyakit dan sikap peserta itu sendiri.

“Kerjasama adalah sangat penting, dan sabar adalah elemen penting apabila menceburkan diri dalam bidang ini kerana tidak ada hasil yang datang dalam sekelip mata.

“Dari masa ke semasa, lantik wakil daripada kalangan peserta yang terlibat untuk mengadakan mesyuarat bagi berbincang dengan pihak syarikat berkenaan masalah yang dihadapi pada masa depan sekiranya berlaku,” ujar beliau.

Beliau juga mengharapkan  agar ADAP 4ORTY Farm Industry Sdn Bhd dapat menyediakan “Chilling Facilities” atau Fasiliti Berhawa Dingin, bagi tujuan memudahkan pengumpulan hasil pertanian daripada para peserta dan juga untuk mengelakkan risiko hasil pertanian daripada cepat rosak.

Ujar Masidi, sekiranya kemudahan tersebut belum ada, sebaiknya pihak syarikat melabur untuk menyediakan fasiliti sedemikian untuk para peserta program malah boleh dibuka kepada bukan peserta yang berminat.

Selain itu katanya, beliau akan sentiasa berusaha untuk membantu golongan petani di daerah ini, dengan harapan mereka yang menceburkan diri dalam bidang pertanian harus menunjukkan kesungguhan terlebih dahulu.

“Disiplin adalah amat penting. Bak kata pepatah, usah berbelanja sebanyak RM12, bila pendapatan hanya sekitar RM10.

“Harus juga diingat, untuk mencapai kemajuan, elakkan rasa enggan bekerjasama hanya kerana disebabkan fahaman politik yang berbeza.

“Saya hadir bukanlah sebagai pemimpin politik, tetapi hadir sebagai mewakili penduduk daerah ini, dimana saya betul-betul memiliki rasa tanggungjawab untuk melihat penduduk di daerah ini berjaya dalam semua bidang dan saya perlu bekerja. Jika anda mahu berpolitik, tunggulah tiga tahun lagi,” tegas beliau.

Turut hadir dalam majlis itu, Timbalan Ketua Penaja Bersatu Bahagian Ranau Michael Yahya Dunggi, Bendahari Penaja Bersatu Ranau, Jamian Abdul Manan, Ketua Armada Bersatu Bahagian Ranau, Rosdi Abdul Ghani, danPegawai Khas ADUN Karanaan, Faizal Marcus Pudus.

SAKSI…Masidi (tengah) menyaksikan  Memorandum Persefahaman antara dua pihak.
SIJIL…Salah seorang peserta menerima sijil penyertaan disampaikan Masidi

MASIDI (tengah)…Merakam gambar bersama waki kedua pihak dan para peserta.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN