ADVERTISEMENTspot_img

Empat RUU Menanti Perbahasan DUN Sabah 27-30 April Ini

KOTA KINABALU: Mesyuarat Pertama Penggal Kedua (Persidangan) Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ketujuh Belas akan berlangsung bermula 27 hingga 30 April ini.


Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata setakat ini pihaknya menerima empat rang undang-undang (RUU) untuk dibahaskan sepanjang persidangan berkenaan.


“Termasuk ucapan dasar Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, jumlah keseluruhan perkara yang akan dibentangkan ialah lima.
“Kita juga masih menunggu beberapa lagi RUU yang mungkin akan dikemukakan,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, pada Selasa.


Kunjungan tersebut bertujuan menyampaikan undangan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk merasmikan persidangan berkenaan.
Persidangan DUN dijadualkan bermula 27 hingga 30 April, manakala Istiadat Pembukaan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 23 April ini./Penerangan


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN