ADVERTISEMENTspot_img

PEKB bantu golongan B40 kawasan bandar keluar dari kemiskinan

Dr Syahira (kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta yang menamatkan kursus PEKB.

LABUAN:Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan membantu golongan B40 di kawasan bandar untuk keluar daripada kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan melalui latihan kemahiran dan bimbingan keusahawanan.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik Antarabangsa Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datin Dr. Syahira Hamidon berkata, PEKB yang pada asalnya
dikenali sebagai Program AZAM Bandar, merupakan salah satu
inisiatif di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)
yang dilaksanakan oleh KPKT.

Bagaimanapun katanya, pada tahun 2019, program ini
telah dijenamakan semula sebagai Program Pemerkasaan Ekonomi
Komuniti Bandar (PEKB) selaras dengan pengenalan Dasar Komuniti Negara (DKomN), bagi memperkukuh lagi peranan
komuniti bandar
dalam aspek ekonomi dan kesejahteraan sosial.

“Program yang telah dilaksanakan sejak tahun 2013 ini bertujuan meningkatkan kemahiran kumpulan sasar yang berdaftar dalam
sistem eKasih dan melalui program ini,
peserta digalakkan untuk mengusahakan perniagaan yang berdaya
maju, sekali gus berupaya menjana pendapatan lebih tinggi”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan Kursus Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) : Jana Duit Pemasaran Digital yang diadakan di Desa Tunas Hijau, Kampung Sungai Miri di sini, pada Ahad.

Dr. Syahira berkata sebagai salah sebuah kementerian yang memikul tanggungjawab
membasmi kemiskinan bandar, KPKT sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan bandar terus
terjamin.

“Pelaksanaan Program PEKB ini dirangka
sebagai satu pakej menyeluruh yang bukan sahaja menyediakan latihankemahiran, tetapi turut merangkumi kursus motivasi, keusahawanan
dan pengurusan kewangan bagi memperkukuh daya tahan peserta.”, katanya.

Belia turut menjelaskan KPKT telah meluluskan RM12 juta untuk tahun 2026, yang dijangka memberi manfaat kepada 1,100 peserta di seluruh negara.

Pada majlis itu, Dr Syahira turut menyampaikan sijil kepada 30 peserta yang berjaya menamatkan kursus tersebut.

Kursus yang berlangsung selama 7 hari itu telah dikelolakan oleh Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) atas sokongan KPKT.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN