PENUH PERASAAN… Dayang Khairyiah menyampaikan lagu dengan penuh perasaan- Foto Mohd Nizam Abdullah.
KG PIMPING: (Membakut) Bekas peserta Malaysian Idol, Dayang Khairiyah Atika Mat Yassin muncul juara lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak Pimping KK (PAPIM) di Dewan Wawasan Kg Pimping di sini pada malam Sabtu lalu.
Khairiyah yang membawakan lagu Pulanglah dendangan Aisah hanya menang dengan sat markah sahaja dari pemenang naib juara.
Penyanyi kecil molek ini memperolehi 92% markah menewaskan Pengiran Spawi Pg Hj Wahab yang membawakan lagu Ku Pohon Restu dendangan Mamat Exist.
Tempat ketiga dimenangi oleh Nursyafizah Abdul Rahim yang memperolehi 90 markah.

PG Spawi(kiri)…hanya tewas dengan 1 markah untuk muncul Naib Juara manakala NURSYAFIZAH…tempat ketiga, penyanyi yang pernah menyertai Lagu Patriotik anjuran RTM Sabah.
Seramai 10 orang layak ke final dari 18 peserta yang mengambil bshagian dalam acara saringan pada sebelah petang.
Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Penaung PAPIM, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif yang menutup Majlis Malam Senandung Aidilfitri PAPIM 2026.
Pertandingan yang diadili oleh dua juri jemputan dan berpengalaman dari Beaufort ini iaitu Rahim Jainal dan Rahim Tanjil mendapat sambutan hangat dari pengunjung kerana ianya adalah persaingan antara penyanyi baharu dan veteran.
Acara dihangat dan memeriahkan lagi oleh penampilan enam penyanyai jemputan Otai dari Kampung Pimping yang sering membuat persembahan pada tahun 60an dan 70an serta sehingga kini.
Mereka terdiri dari Ismail Haji Saidin yang mendendangkan lagi Musafir Di Aidilfitri oleh S.Jebing, Latif Taufik dengan lagi Di Ambang Sore melodi keroncong, penyanyibyang popular dengan lagu Debaran, Jafar Hj Matnoor tetapi kali ini beliau mendendangkan lagu Semut Merah.
Tiga lagi penyanyi Otai yang turut menghiburkan penonton, Mohd Noor Hj Chali, Hj Masli Hj Talib mendendangkan lagi dipopularksn oleh D.J.Dave, Di Desa Kasih Ku Tertumpah dan Ajamain@Pekan Mohd Noor yang mempersembahkan lagu Salam Aidilfitri oleh Jamal Abdilah.

TAHNIAH…Mohd Arifin menyampaikan hadiah wang tunai dan sijil kepada juara Pertandingan Karaoke Lagu Aidilfitri PAPIM,Dayang Khairyiah Mat Yassin.
Turut membuat persembahan ialah Juara Pertandingan Lagu Program Baurung-Urung PAPIM 2024 di Pantai Pimping, Faradyla Ag Jaludin yan mendendangkan lagu dipopularkan oleh Dayang Nurfaizah iaitu Senyum Gugur Dihujung Doa.
Turut membuat persembahan pada malam itu pebyanyi duet Salinah Salleh dan Khairiyah Amyera Mat Yassin yg diiringi oleh tiga penari.
Pertandingan seperti ini untuk mencungkil bakat-bakat muda untuk diketengahkan dalam seni hiburan.
Majlis diacarakan dari awal hingga akhir oleh pengacara meningkat naik Hasmadi Olah.



