YUSOP (tengah) bersama calon SPM 2021 SMK Pantai IBWS
LABUAN: Program Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (JPNWPL) Turun Padang ke SMK Pantai IB World School berjaya menyuntik semangat 175 pelajar calon SPM 2021.
Pengarah Jabatan itu, Yusop Mohammad berkata, Program Pengarah Turun Padang yang diadakan di SMK Pantai IB World School merupakan sekolah menengah yang ke 9 dikunjungi.
BANTING…..Yusop (tengah) menyampaikan banner ‘Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2021’ kepada Norazita (dua kiri).
“Program ini bertujuan untuk menyuntik semangat kepada semua calon SPM agar memperoleh kejayaan yang cemerlang dan sekaligus dapat membanggakan ibu bapa serta sekolah dengan pencapaian masing-masing” katanya.
Selain itu katanya, program ini juga merupakan salah satu strategi pengarah untuk menyampaikan amanat kepada calon SPM 2021 sebelum mereka menduduki SPM pada 2 Mac depan.
Terdahulu beliau ketika berucap manyampaikan amanat pada program itu menyeru agar calon SPM memanfaatkan baki hari-hari sebelum menduduki SPM yang bakal tiba.
Jelas Yusop, SPM merupakan cabaran pertama untuk meneruskan kehidupan selepas sekolah serta kunci untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi dalam pembelajaran dan kehidupan.
“Kepada semua calon SPM 2021, saya berharap agar anda semua terus belajar dan juga menjaga kesihatan menjelang SPM pada Mac depan” katanya.
Sempen program itu, Yusop bersama rombongan berpeluang menyaksikan tayangan Muzik Video Rasmi Lagu Sekolah SMK Pantai IB World School secara bersemuka hasil ciptaan alumni sekolah itu Mohd Hazim Mohd Noor.
Hadir sam, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Hajah Kamariah Salim, Pengetua SMK Pantai IB World School, Norazita Md Nor @Shamsuri serta penolong-penolong Pengarah dari Sektor Pengurusan Pembelajaran.