28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Program Motivasi calon SPM 2020 diadakan esok, 8 Januari- Majus

MAJUS MUNSING….Pegawai Pendidikan Daerah Ranau,

RANAU – Para pelajar Tingkatan 5 di daerah ini yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 adalah dijemput untuk mengikuti Program Motivasi SPM pada esok, 8 Januari.

Program khas itu akan diadakan secara langsung (Live FB) bermula jam 2.30 petang melalui pautan laman sosial facebook Pejabat Pendidikan Daerah Ranau di: https://www.facebook.com/ppdranau.

Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Majus Munsing berkata, program tersebut dianjurkan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Daerah Ranau (MGKDR).

Katanya, sesi ceramah akan dikendalikan oleh Ellicxmen Manjilim selaku moderator bersama barisan penceramah terdiri Abdul Halim Idin, Kaunselor Pendidikan Negeri, Bungkias Angkapok (KB.PA), Kaunselor Pendidikan Daerah.

Beliau memberitahu objektif utama program adalah untuk memberi semangat  serta motivasi kepada semua calon SPM tahun 2020 agar membuat persediaan  menghadapi peperiksaan itu bermula 22 Febuari depan.

“Dengan slogan #RanauHebat, kita mahu semua pelajar bersiap sedia dan bersemangat untuk belajar serta datang ke sekolah bermula 20 Januari ini sebagai persiapan terakhir mereka bersama guru-guru dalam menghadapi SPM.

“Saya memohon agar semua pelajar datang ke sekolah dan menduduki peperiksaan SPM. Jangan ada pelajar yang tercicir,” katanya ketika dihubungi Borneo Daily Bulletin.

Jelas Majus lagi, program itu juga akan memberi kekuatan agar laluan pelajar  sepanjang 2020 yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 tidak dibandingkan dengan tahun – tahun sebelumnya.

“Tahun 2020, amat kurang sesi pembelajaran bersemuka di sekolah, lebih banyak sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah sama ada online atau penggunaan modul offline.

“Tentu ada hikmah disebalik musibah ini. Justeru, para pelajar khususnya calon-calon SPM tahun 2020 terus fokus membuat persiapan rapi,” tambahnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN