GIMIK….Jonathan dan Nancy memalu Kolintangon diiringi kumpulan Seni Budaya Kundasang.
RANAU: Program Merakyatkan Seni Budaya “Jejak Budaya di Pentas Budaya pekan Kundasang baru-baru ini, merupakan program ‘Sentuhan Komuniti’ yang bertujuan memupuk semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan Penggiat Seni dan Usahawan Budaya negeri Sabah sekaligus mempromosikan seni budaya negeri Sabah khususnya di Kundasang.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato’ Sri Nancy Shukri ketika ditemui selepas merasmikan program itu berkata, matlamat utama penganjuran program adalah untuk menyemarakkan semula aktiviti seni budaya dengan memaparkan kepelbagaian produk seni budaya setempat yang mampu meningkatkan serta memacu semula ekonomi negara.
“Program seperti ini, mampu memaparkan pelbagai aktiviti seni dan budaya berbentuk persembah, pertandingan, demonstrasi dan bengkel muzik bersama komuniti setempat dan pemberian sumbangan kepada persatuan dan penggiat seni budaya tempatan.
“Setiap aktiviti yang diadakan dapat memberi manfaat kepada komuniti seterusnya memberi pendapatan berasaskan pembangunan produk”, jelas Dato’ Sri Nancy yang seterusnya menyampaikan sumbangan kepada 7 (tuju) persatuan penggiat seni budaya dan satu (satu) gelari kumpulan penggiat seni budaya di Kundasang yang terjejas akibat pandemik Covid-19 menerima insentif seni berbentuk dana berjumla RM5 ribu setiap satu melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM40 ribu bagi membangunkan kembali produk seni.
Nancy mengharapkan insetif itu dapat membantu penerima untuk bangkit semula menjalankan aktiviti seni budaya seperti menambah baik peralatan muzik, busana tradisional dan sebagainya.
“Kita memahami bahawa ramai penggiat seni dan NGO seni budaya terkesan akibat pandemik Covid-19”, tegas Dato’ Sri Hajah Nancy.
Sempena program itu, Dato’ Sri Nancy turut melancarkan Homestay baharu di Kundasang iaitu, Homestay Kampung Stay di bawah pengurusan Walai Tokou Homestay.
Sementara antara pengisian menarik sehari Jejak Budaya Kundasang itu ialah, Persembahan Khas ‘Konsert Orkestra Muzik Bambu’ dan Kulintangon Kundasang, Demonstrasi dan jualan produk seni budaya tempatan, program Komuniti, Bengkel Muzik Bambu dan Kolintangon serta Pertandingan Memasak berasaskan Sayuran dan Ukiran Buah.
Program itu merupakan anjuran Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Ranau.
Hadir sama pada program itu ialah, Timbalan Menteri Dalam Negeri II merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin (turut berucap), Ketua Setiausaha Kementetian Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia, Datuk Wira Dr.Noor Zari Bin Hamat, Timbalan Ketua Setiausaha Kebudayaan Kementerian, Seni Dan Budaya Malaysia, Saraya Binti Arbi, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Haji Masran Bin Mohd Yusop, Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Bin Samsir dan ratusan penduduk setempat.