Mariana Taliban.
RANAU: Orang ramai adalah dijemput datang ke program Merakyatkan Seni Budaya ‘Jejak Budaya’ Kg.Kundasang di Pentas Budaya pekan itu pada 23 Disember bermula 8.00 pagi.
Pengerusi Persatuan Penjaja Sayuran BumiputeraTanah Tinggi Kundasang Mariana Binti Taliban mewakili Penganjur memberitahu, program itu akan dirasmikan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.
Menurutnya, pelbagai acara akan diadakan sempena program itu termasuklah, Pelancaran E- Homestay Sabah dan Homestay Walai Tokou Sinisian Kundasang selain lawatan ke Desa Dairy Farm Masilou dan Lawatan ke Taman Warisan Dunia Kinabalu.
Turut diadakan ialah penyampaian sumbangan kepada 12 Penggiat Seni Budaya akan disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin disusuli Persembahan Khas ‘Konsert Orkestra Muzik Bambu dan Kolintangon Kundasang.
“Kita menjemput orang ramai khususnya warga Ranau dan Kundasang supaya hadir ke program tersebut sebagai tanda sokongan terhadap program yang julungkali diadakan di Kundasang”, tambah Mariana.