29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Program Kesedaran Isu Perkahwinan Kanak-Kanak (MIPK) beri impak positif.

0LEH: SALWAH ARAMAT

RANAU : Program Kesedaran Isu Perkahwinan Kanak-Kanak (MIPK) anjuran Unit Bimbingan dan Khidmat Nasihat Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah beri impak positif kepada masyarakat akar umbi khususnya golongan pelajar sekolah, guru-guru dan para ibu bapa.

Program tersebut, memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada kanak-kanak, keluarga dan masyarakat mengenai isu perkahwinan kanak-kanak khususnya di Sabah seterusnya memberi panduan serta kemahiran kepada kumpulan sasar dalam memahami psikologi, personaliti, perkahwinan, undang-undang, kehidupan berkeluarga, kesihatan reproduktif, bimbingan dan kaunseling.

Hisyamuddin (kiri) bersama rombongan JHEWA dan pentadbir SMK Matupang Jaya.

Dalam hal ini, perkahwinan dibawah umur atau perkahwinan kanak-kanak antara lelaki dan perempuan yang berumur dibawah 18 tahun dimana masih terdapat sesetengah masyarakat menjalankan perkahwinan tanpa melihat kepada batasan had umur seseorang gadis terutamanya yang berumur dibawah 18 tahun.

“Justeru, perkahwinan MIPK ini perlu ditangani sebagai satu usaha dan cara menangani isu perkahwinan dalam kalangan kanak-kanak”, jelas Pembantu Menteri Kepada Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Norazalinah Binti Arif.

Norazalinah mengharapkan kepada masyarakat umum khususnya para ibu bapa supaya ‘Child Marriage Is Not A Happily-Ever After Story’ dan masalah kemiskinan keluarga tidak akan selesaidengan mengahwinkan kanak-kanak perempuan malahan ia akan menjadi satu rantaian masalah yang tidak akan putus sehingga menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan hidup keluarga dan masyarakat.

Salah seorang Penceramah

“Begitu juga bagi kes-kes kanak-kanak perempuan dan lelaki yang terlanjur dalam salah laku seksual sehingga menyebabkan kehamilan dikalangan remaja perempuan.


“Ibu bapa dan anak mereka yang hamil itu sebaliknya diberi bimbingan kaunseling serta motivasi secukupnya demi mencegah berlakunya perkahwinan kanak-kanak akibat kehamilan yang terlanjur, kelahiran bayi yang tidak dikehendaki”, jelasnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan program Kesedaran Isu perkahwinan Kanak-Kanak anjuran JHEWA di SMK Matupang Jaya Ranau baru-baru ini yang dihadiri lebih 600 orang termasuk pelajar, Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Ketua-Ketua Zon, Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi MPKK sekitar Kg. Matupang Ranau. Turut berucap ialah Pengetua SMK matupang Jaya, Lamri Dikun.

Lamri dalam ucapan aluannya, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada JHEWA kerana memilih SMK Matupang Jaya sebagai lokasi menganjurkan program itu, julungkali diadakan yang sememangnya amat penting didedahkan kepada golongan pelajar dan masyarakat seluruhnya.

Sebahagian pelajar SMK Matupang Jaya yang menghadiri program tersebut.

Antara slot ceramah ialah ‘Pengenalan Kepada Pelaksanaan Modul’ disampaikan Dr. Muhammad Idris Bin Bullarie@Bahari dan Dayang Siti Rohani Binti Saidan disusuli slot 2 ‘Memahami Psikologi, Personaliti dan Perkahwinan’ juga disampaikan Dr. Muhammad. Manakala slot 3 bertajuk’Perpesktif Undang-Undang Terhadap Perkahwinan Kanak-Kanak’ disampaikan Noor Azah Binti Abd. Rahman, diikuti slot 4 bertajuk ‘Pendidikan Kehidupan Berkeluarga dan Kesihatan Reproduktif’ disampaikan Suzanna Piny, diakhiri dengan slot 5 berjudul ‘Program Bimbingan dan Kaunseling’ oleh Dr. Hajah Ananglanka Mad Kassim dan Ednan Muyong.

Turut hadir pada mejlis itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan, Mohd. Hisyamuddin Bin Harun.
T A M A T

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN