ADVERTISEMENTspot_img

Program Kampung Angkat MADANI Buka Peluang Pembangunan Kampung Nountun

Fanica memberi penerangan kepada wakil ICU JPM yang hadir memantau keadaan di Dewan Kampung Nountun.

KOTA KINABALU: Kampung Nountun dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI 2026, hasil inisiatif Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Usaha itu bagi memastikan lebih banyak kampung di Sabah menerima manfaat pembangunan secara menyeluruh.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Nountun, Fanica Aloysius, berkata pemilihan Kampung Nountun itu membuka peluang kepada pelaksanaan pelbagai projek pembangunan.

Katanya, ia sekaligus mampu meningkatkan kemudahan asas, memperkukuh ekonomi setempat serta mempertingkatkan kualiti hidup penduduk.

“Pemilihan itu susulan lawatan tapak oleh pegawai Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, yang dilaksanakan di bawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) bagi menjalankan penilaian awal terhadap keperluan serta cadangan projek yang bersesuaian,” katanya.

Menurutnya, sepanjang lawatan tersebut, pelbagai cadangan telah dibincangkan dan beberapa lokasi strategik turut dikenal pasti bagi pelaksanaan projek-projek yang memberi impak langsung kepada penduduk kampung.

“Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada “ Datuk Mustapha Sakmud atas usaha beliau membawa Program Kampung Angkat MADANI ke Kampung Nountun.

“Kami juga menghargai lawatan pegawai ICU yang telah turun padang untuk menilai sendiri keperluan kampung ini. Semoga segala cadangan yang dibincangkan dapat direalisasikan demi kesejahteraan penduduk,” katanya.

Fanica berkata, Program Kampung Angkat MADANI ini mampu menjadi pemangkin kepada pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi yang mampu memperkukuh infrastruktur, merancakkan ekonomi setempat serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Program Kampung Angkat MADANI merupakan antara inisiatif Kerajaan MADANI untuk memastikan pembangunan yang inklusif, mampan dan seimbang dapat dinikmati oleh masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi, khususnya di kawasan luar bandar.

Program Kampung Angkat MADANI Buka Peluang Pembangunan Kampung Nountun

KOTA KINABALU: Kampung Nountun dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI 2026, hasil inisiatif Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Usaha itu bagi memastikan lebih banyak kampung di Sabah menerima manfaat pembangunan yang menyeluruh.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Nountun, Fanica Aloysius, berkata, pemilihan Kampung Nountun itu membuka peluang kepada pelaksanaan pelbagai projek pembangunan.

Katanya, ia sekaligus mampu meningkatkan kemudahan asas, memperkukuh ekonomi setempat serta mempertingkatkan kualiti hidup penduduk.

“Pemilihan itu susulan lawatan tapak oleh pegawai Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, yang dilaksanakan di bawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) bagi menjalankan penilaian awal terhadap keperluan serta cadangan projek yang bersesuaian,” katanya.

Menurutnya, sepanjang lawatan tersebut, pelbagai cadangan telah dibincangkan dan beberapa lokasi strategik turut dikenal pasti bagi pelaksanaan projek-projek yang memberi impak langsung kepada penduduk kampung.

“Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada “ Datuk Mustapha Sakmud atas usaha beliau membawa Program Kampung Angkat MADANI ke Kampung Nountun.

“Kami juga menghargai lawatan pegawai ICU yang telah turun padang untuk menilai sendiri keperluan kampung ini. Semoga segala cadangan yang dibincangkan dapat direalisasikan demi kesejahteraan penduduk,” katanya.

Fanica berkata, Program Kampung Angkat MADANI ini mampu menjadi pemangkin kepada pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi yang mampu memperkukuh infrastruktur, merancakkan ekonomi setempat serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Program Kampung Angkat MADANI merupakan antara inisiatif Kerajaan MADANI untuk memastikan pembangunan yang inklusif, mampan dan seimbang dapat dinikmati oleh masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi, khususnya di kawasan luar bandar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN