26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Labuan tahan 10 lelaki akibat merusuh semasa perlawanan bola sepak

GAMBAR: AKSI sebahagian  penyokong yang merusuh  ke dalam padang  menyebabkan berlaku pergaduhan sekaligus menjejaskan imej sukan bola sepak Labuan.

LABUAN:Ramai yang bersetuju sukan bola sepak penyatu perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum, namun ia kurang  berlaku di pulau bebas cukai ini, apabila sukan  nombor satu Negara ini sering tercemar dengan  rusuhan yang membabitkan pemain dan penyokong terutamanya bila berkasi diperingkat final pertandingan.

Kejadian ini berulang sekali lagi apabila polis terpaksa menahan 10 lelaki tempatan berumur 17 hingga 36 tahun bagi membantu siasatan selepas berlaku kejadian rusuhan dalam satu pertandingan bola sepak  bawah 23 tahun peringkat separuh akhir yang diadakan di Kompleks Sukan Labuan, pada petang Ahad.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Labuan DSP Mohd. Ibrahim Mohd. Ghani dalam satu kenyataan media pada petang Isnin.

Menurut DSP Ibrahim, berkata setakat Isnin (13 Disember)  lapan lelaki yang ditangkap mendapat perintah reman dari Mahkamah Majistret Labuan selama empat hari bermula 13 Disember,  manakala dua lagi mendapat perintah reman sehingga 14 Disember 2021.

 “Kejadian rusuhan bermula semasa perlawanan diantara Pasukan Bambu 2 dengan Pasukan PAT United pada jam lebih kurang 1.30 tengahari apabila perlawanan berada di separuh masa kedua.

“Terdapat beberapa orang penyokong dari kedua-dua pasukan yang tidak berpuashati berkenaan kekasaran yang berlaku semasa perlawanan menyebabkan berlaku provokasi sehingga mengakibatkan pergaduhan dalam padang diantara penyokong dan pemain kedua-dua pasukan. Beberapa individu mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan,”katanya.

Beliau menjelaskan kes tersebut telah diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kepada mana-mana penganjur sukan  untuk memaklumkan kepada pihak polis berkenaan apa juga penganjuran yang melibatkan kumpulan ramai atau melibatkan kehadiran pemimpin-pemimpin tempatan atau orang kenamaan bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini.

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN