25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

INGKAR PKP 2.0, EMPAT INDIVIDU DIKOMPAUN DI RANAU

Sammy

RANAU – Seramai empat individu dikenakan kompaun selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan berkata, mereka  terdiri dua lelaki dan dua wanita, masing-masing berumur lingkungan 36 hingga 68 tahun.

Katanya, keempat-empat mereka ditahan kerana didapati melanggar SOP di sebuah premis perniagaan di pekan Ranau kira-kira jam 9.30 malam.

“Premis perniagaan tersebut didapati beroperasi melepasi tempoh masa yang telah ditetapkan dan juga membenarkan pelanggan minum di dalam premis tersebut.

“Semua mereka yang terlibat dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang kerana telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan) 2021,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin.

Sehubungan itu, DSP Sammy menasihati warga Ranau supaya sentiasa mematuhi SOP sepanjang PKP dilaksanakan bagi mengelakan tindakan tegas diambil ke atas mereka.

“Pihak Polis tidak akan bertolak ansur lagi kepada individu yang masih berdegil dan mengingkari Perintah PKP.

“Kegagalan mematuhi peraturan yang ditetapkan akan menyebabkan lebih ramai dikenakan tindakan kompaun pada masa akan datang ” tambahnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN