26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PH Sabah setuju, calon PRK Kimanis dari Warisan

Buletin Borneo

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah sepakat, calon untuk Pilihanraya Kecil (PRK) P176 Kimanis diberikan kepada Parti Warisan Sabah (PWS).

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat di peringkat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Sabah yang dihadiri pimpinan utama parti di bawah komponen PH pada Rabu.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan PH Sabah selepas mesyuarat, secara konsensusnya bersetuju untuk memberi ruang kepada PWS untuk meletakkan calonnya di PRK Kimanis.

“Keputusan ini adalah berdasarkan kes petisyen Pilihanraya Dun Rantau yang memutuskan agar parti yang bertanding pada Pilihanraya Ke 14 di beri ruang untuk bertanding semula. Begitu juga kes-kes pilihanraya kecil yang diberi mandat kepada parti bertanding untuk meletakkan calon parti tersebut semula.

“Parti-Parti komponen Pakatan Harapan Sabah akan menyokong dan memastikan kemenangan calon yang diputuskan oleh PWS. Jentera parti-parti komponen akan diaktifkan dan digerakkan untuk membantu calon semasa pilihanraya nanti,” menurut kenyataan.

Pilihanraya Kecil P176 Kimanis bakal diadakan setelah mahkamah persekutuan mengekalkan pembatalan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman pada PRU-14 oleh Mahkamah Pilihan Raya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN