25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

PGBM Pensiangan terima sumbangan ADUN Nabawan

Abdul Ghani menerima cendera kenangan disampaikan oleh Jalius.

NABAWAN: Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Pensiangan menerima sumbangan RM16 ribu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.

Sumbangan itu diserahkan semasa kunjungan hormat rombongan PGBM yang diketuai oleh pengerusinya Jalius Mojikon kepada Abdul Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) di Pejabat ADUN Nabawan baru-baru ini.

Menurut Abdul Ghani, sumbangan kewangan itu sebagai sokongan kepada program program yang dirancang oleh Persatuan itu bagi memperkasakan pelan pembangunan pendidikan di daerah ini.

Katanya, sebagai wakil rakyat di kawasan ini, beliau mengambil berat tentang pembangunan pendidikan.

Pada masa sama Ghani menghargai usaha dan komitmen guru-guru besar di sekolah-sekolah di daerah ini yang sentiasa proaktif dan peka dengan perkembangan semasa.

Sementara itu Pengerusi PGBM Pensiangan Jalius Mojikon berkata, kekangan kewangan menjadi salah satu faktor yang melembabkan pelaksanaan program-program yang telah dirancang.

Katanya, dengan adanya sumbangan kewangan ini program-program yang telah dirancang dapat dilaksanakan.

Pada hari yang sama Abdul Ghani menerima kunjungan hormat rombongan pastor-pastor “The Basel Christian Church of Malaysia” (BCCM) Paroki Pagalungan yang diketuai oleh Pendeta Bing Bakampil.

Dalam kunjungan itu BCCM Paroki Pagalungan turut menerima sumbangan RM6,000 daripada Abdul Ghani.

Sumbangan ini juga menyokong program-program kerohanian yang telah dirancang oleh BCCM Paroki Pagalungan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN