Rahmahjan bersama sebahagian para perwakilan Exco PGBM yang hadir
KOTA KINABALU :Permuafakatan dalam kepimpinan Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Sabah akan menjana kepada kejayaan misi dan visi pembangunan pendidikan negara dalam mencapai matlamat dan hala tuju pendidikan jangkamasa yang dirancang.
Pengerusi Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA) Malaysia Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berkata kepimpinan berkesan dalam kalangan pengurusan sekolah, akan menjamin kepada kemanjadian murid sejak diawal alam persekolahan pra sekolah hingga ke alam persekolahan menengah seterusnya di peringkat pengajian tinggi.
“ Saya yakin kecekalan dan kesepakatan usaha pendidik termasuk kepimpinan sekolah akan dapat mengatasi pelbagai cabaran dengan pelbagai pendekatan dan kaedah yang dilaksanakan mengikut kreatviti dan intervensi yang dijna oleh para pendidik di sekolah untuk kemanjadian murid keseluruhanbya”katanya ketika berucap dimajlis perasmian dan penangguhan mesyuarat kepimpinan Exco PGBM Peringkat Negeri Sabah dekat sini semalam.
Katanya beberapa siri kejayaan yang dicapai oleh sekolah melalui kecemerlangan murid dalam pelbagai bidang akademik dan non akademik menunjukkan kesungguhan para pendidik dalam memastikan sekolah, murid dan ibubapa terus menikmati masa depan anak-anak yang baik lagi cerdik.
Pada majlis itu, Rahmahjan yang juga ahli dalam beberapa persatuan dan kelab pendidikan menyampaikan sumbangan kewangan bagi tujuan membantu persatuan melaksanakan pelbagai program peningkatan profesionalisme pemimpin sekolah khasnya di negeri ini.

Nordin menyampaikan dokumen perjanjian persefahaman dengan salah sebuah agensi bukan kerajaan dalam program Jalinan dan Jaringan
Sementara itu, yang Dipertua PGBM Sabah Nordin Mohd Taip yakin dan terus mengembling tenaga seiring dengan usaha ke arah mencapai matlamat menjayakan 7 Deklarasi yang mengandungi 9 fokus startegik dalam landskap baru pendidikan JPN Sabah.
Katanya, Ini termasuklah fokus mengurangkan kes tindakan tata tertib mensifarkan murid pemulihan di tahun 6 , justeru katanya segalanya mesti di mulakan sejak dari pra sekolah dalam mengatasi murid tidak menguasai 3M di peringkat sekolah rendah seterusnya membekalkan murid yang berkualiti diperingkat sekolah menengah.
”Sekolah perlu seiring dengan Perancangan Strategi Organisasi JPN,PPD dan ambil tahu dan faham bagi menggunakan pelbagai pendekatan untuk mencapai sasaran setiap fokus dan deklarasi yang telah di tetapkan”katanya.
Mesyuarat kali ini dihadiri oleh kira-kira 85 orang Guru Besar sebagai exco Induk PGBM terdiri daripada pegawai tadbir, Proksi, Setiausaha dan Bendahari dari seluruh daerah di negeri ini.
Sempena program itu diadakan beberapa perkongsian pintar agensi kerajaan dan swasta dalam memantapkan kepimpinan PGBM selain mengadakan jalinan dan jaringan terutama dalam amalan pendigitalan dalam pengurusan sekolah. OLEH -FRANCIS ANDIN