27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Petugas Pejabat Khidmat Parlimen Ranau teruskan misi hantar bantuan bakul makanan

Gambar atas – Rostinah (kiri) menyampaikan BarMa kepada salah seorang KIR bagi mewakili penduduk Kg. Tanah Merah Ranau.

Oleh: Salwah Aramat & Jainuddin Nasir

RANAU: Seramai 822 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima bantuan Bakul Makanan (BarMa 3.0) ke 47 buah kampung daerah ini, di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) 07 Julai 2021.

Antara kampung yang menerima bantuan tersebut ialah Kg. Toboh Lama 19 penerima, Kg. Toboh Pahu (19), Kg. Kibbas Sokid (19), Kg. Sosondoton (13), Kg. Pahu (19), Kg. Togudon Lama Pulutan (16), Kg. Puru Panjang (19), Kg. Poropot (17), Kg. Mumpait (7) dan Kg. Kinirasan 16 orang KIR penerima.

Kg. Randagong Lama 19 penerima, Kg. Mogoho (10), Kg. Soyod (14), Kg. Kemburongoh (19), Kg. Maukab (12), Kg. Mininsalu (19), Kg. Sarapong (19), Kg. Lipasu Baru (19), Kg. Sumaang (10), Kg. Lagkau (19), Kg. Sumalang (18) dan Kg. Longut Baru 19 penerima kesemuanya di kawasan DUN Karanaan.

TERIMA KASIH…….Roslin kanan (JPKK) Kg. Toboh Pahu mewakili KIR menerima bantuan BarMa disampaikan Aoziah (kiri).

Sementara di kawasan DUN Paginatan ialah Kg. Kebuh Baru 4 orang penerima, Kg. Muruk (19), Kg. Balisok (19), Kg. Bitoon (19), Kg. Nampasan Lama (19), Kg. Kepangian (19), Kg. Luanti (19), Kg. Terikon (19), Kg. Lohan 2 (19), Kg. Kiaburi (19), Kg. Matan (19), Kg. Kituntul Baru (19), Kg. Piolungan (12), Kg. Tanah Merah (19) dan BTSN (19) KIR.

Manakala antara kampung kawasan DUN Kundasang ialah Kg. Siba Bundu Tuhan (19), Kg. Sokid B.T (19), Kg. Perancangan (19), Kg. Togis (19), Kg. Nalumad (19), Kg. Takutan (19), Kg. Dumpuring (19), Kg. Dumpiring Atas (15), Kg. Kg. Tarawas (19) dan Kg. Pinawantai seramai 19 KIR yang menerima.

Penghantaran sumbangan itu dikendalikan
para petugas daripada kakitangan pejabat Parlimen Ranau dan sukarelawan penghantar sayur-sayuran segar Kundasang yang diketuai Ajamain Dani.

Turut menyertai penghantaran BarMa ialah Setiausaha Sulit Kepada Jonathan, Lajim Bin Haji Abd. Momen.

Anna (tengah) Menyampaikan BarMa kepada Jahirin di Kg. Togis bersama Misi (kanan) disaksikan yang lain.

Sementara itu, Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, yang juga Ketua Penyelaras Wanita Parlimen  DUN Kundasang, Zita Fedilis dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, telah mewakili  Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin  untuk menyampaikan sumbangan barang makanan dan wang tunai kepada   keluarga Jarry Tapiri, anak sulung  daripada 12 beradik  yang ibunya seorang pesakit  Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kg.Lobou Lama di sini.

Jarry ketika ditemui selepas menerima sumbangan berasa terharu dengan bantuan yang diterima dan berterima kasih kepada YB Jonathan  kerana keprihatinan memberi sumbangan tersebut.

Jarry menerima sumbangan disampaikan Zita diperhatikan  KKJaimon (tiga kanan)

“Saya mewakili kelurga kami berterima kasih kepada YB.Jonathan atas bantuan yang diberi kepada keluarga kami”, jelas Jarry.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kg.Lobou Lama, KK.Jaimon Pansakan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN