SUMBANGAN…. Steven (dua kanan) menyerahkan kotak pelitup muka kepada Yusop sambil diperhatikan Rithuan (kanan sekali) dan Ansharey.
LABUAN Syarikat Petra Resources Sdn. Bhd menghulurkan sumbangan 500 kotak (25,000 keping) pelitup muka kepada Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang diadakan di bangunan Pejabat Petra Resources Sdn. Bhd, dekat sini pada Khamis.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Operasi dan Pengurusan Aset Petra Resources Sdn. Bhd, Stephen Chiew kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusop Mohamad.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Rithuan Mohd Ismail dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Ansharey Matarsad.

BANTU…. Rithuan (dua dari kiri) membantu Yusop memasukan kotak pelitup muka ke dalam kenderaan Jabatan Pendidikan. Turut kelihatan Steven (kanan sekali) dan Ansharey sama sama mebantu mengangkat kotak pelitup muka.
Stephen ketika ditemui media berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada projek tanggung jawab sosial korporat syarikat (CSR) bersama jabatan kerajaan sebagai usaha membantu meringankan beban kepada pelajar kurang mampu yang akan memulakan persekolahan secara bersemuka bermula pada 4 Oktober ini.
“ Sumbangan pelitup muka yang jumlahnya sekitar 25,000 keping akan diagihkan kepada semua sekolah untuk dibekalkan kepada pelajar yang kurang mampu sebagai membantu melindungi keselamatan dan kesihatan pelajar daripada pendamik COVID 19”, katanya.
Steven berkata, sebelum ini syarikatnya juga telah menyumbang bakul makanan melalui Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu masyarakat Labuan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik COVID 19.