SITI SHAZWANA yang memenangi pingat perak di Sukan SEA Cambodia 2023
LABUAN: Seorang lagi atlet muda Labuan, Siti Shazwana Ajak berjaya menyumbang pingat perak untuk negara dalam acara Silat Olahraga di Sukan SEA Cambodia 2023.
Siti Shazwana Ajak, pelajar Program Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Awam di UUM tewas kepada pesilat Indonesia, Atika Fismawati dari Indonesia dengan perbezaan mata 35-38 dalam pertandingan akhir.
Sebelum ini, atlet karate Labuan, Muhammad Aiqal Asmadie turut mengharumkan nama Labuan apabila berjaya menyumbang pigat perak kategori Individu Kata di Sukan yang sama.
Beliau tumpas kepada peserta dari Indonesia dengan perbezaan mata 0.2 mata.
Sementara itu Yang Di Pertua Persatuan Silat Kebangsaan Wilayah Persekutuan Labuan (PESAKA), Mohammad Khairul Ab Ghani mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan Siti Shazwana menyumbang pingat perak kepada kontijen Malaysia yang menyertai Temasya dwi tahunan yang diadakan di Kemboja.
“Tahniah dan syabas kepada Siti Shazwana kerana berjaya menyumbang pingat perak untuk negara…. memang adat bertanding ada yang menang dan kalah, tetapi kejayaan Siti Shazwana menerima kalungan pingat perak di Sukan SEA Kemboja sudah cukup membanggakan PESAKA Labuan” katanya.