27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perusahaan roti bun mampu jana pendapatan lumayan: Benedict

Benedict (tengah) menerima cenderahati daripada Asmah


RANAU: Perusahaan membuat roti bun secara kecil-kecilan mampu menjana pendapatan lumayan serta meningkatkan sosio ekonomi dalam keluarga jika diusahakan secara bersungguh-sungguh.


Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda berkata, dengan adanya perusahaan seperti ini, sesebuah keluarga atau komuniti kecil juga dapat menyemai sikap kesatuan serta Kerjasama di kalangan mereka.


“Kita melihat banyak nilai positif yang dapat diperolehi melalui perusahaan membuat roti bun di mana sikap bekerjasama itu amat penting dalam diri setiap individu demi menjayakan sesuatu aktiviti.


“Apapun yang dilakukan akan berjalan lancar sekiranya ada permuafakatan dalam kalangan ahli dan sudah pastilah menuju ke arah perkara yang bermanfaat serta menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.


“Justeru, perusahaan membuat roti bun, terutama di kalangan suri rumah dan juga golongan lain amat digalakkan kerana ia juga dapat memberikan pendapatan sampingan kepada yang mengusahakannya,” kata beliau.


Benedict yang mewakili Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Kursus Pembuatan Roti Bun dan Penyampaian Sijil kepada 10 peserta di Kg Kinapulidan Ranau, baru-baru ini.

Benedict (tengah) bergambar Bersama para peserta Kursus Pembuatan Roti Bun di sini baru-baru ini


Beliau memuji komitmen Persatuan Moginakan Ranau yang berjaya menganjurkan kursus tersebut.
“Tahniah kepada pihak penganjur serta para peserta punyai komitmen tinggi untuk sedia membantu golongan yang memerlukan.


“Bagi pihak kami di Pejabat Parlimen Ranau, sentiasa menyokong apa jua aktiviti dilakukan ke arah yang lebih berfaedah,” katanya.


Benedict turut memuji inisiatif persatuan itu yang telah memanfaatkan dana RM5,000 yang telah disumbangkan oleh Pejabat Parlimen Ranau untuk melancarkan kursus itu, selain membeli sebuah Komputer Riba dan Printer untuk memudahkan pelbagai kegunaan berkaitan dengan aktiviti persatuan.


“Saya mengharapkan agar persatuan ini akan terus berkembang sepertimana persatuan-persatuan lain yang telah berjaya.


“Semoga para peserta kursus ini juga dapat gunakan ilmu yang diperoleh semasa berkursus agar dapat membantu menjana pendapatan pada masa hadapan,” jelas beliau.


Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Persatuan Moginakan Ranau, Asmah Binti Jemieu, Setiusaha Persatuan, Asli Bin Samad, Pembantu Pegawai Luar Parlimen, Azman Bin Abd Aziz dan para Ahli Jawatankuasa Persatuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN