30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Pemilik Bistro Labuan mahu PL mesra perniagaan

SIDANG AKHBAR….. Surjit (dua kiri) bersama Penasihat Persatuan Bistro Labuan, Alizan Salim (dua kanan) dalam sidang akhbar tersebut.

LABUAN: Persatuan Pemilik Bistro Labuan  dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Labuan  mengesa pihak berkuasa tempatan khususnya Perbadanan Labuan   mengamalkan budaya yang lebih mesra perniagaan  dalam usaha menyokong  pembangunan ekonomi Labuan.

Gesaan ini dibuat  susulan respons kepada undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang baru dikuatkuasakan yang memendekkan waktu operasi yang dibenarkan untuk kedai makan dan bistro  dari jam 2 pagi kepada  jan 12  tengah malam.

Presiden Persatuan Pemilik Bistro  Labuan, Surjit Singh berkata, Perbadanan Labuan harus lebih rasional dalam menguatkuasakan undang-undang dengan mengadakan rundingan terlebih dahulu dengan komuniti perniagaan.

“Undang-undang kecil yang baru dikuatkuasakan, dilaksanakan tanpa berunding terlebih dahulu dengan pengusaha kedai makan dan bistro. Surat bertarikh 30 Nov (Syarat Pelesenan untuk Operasi Premis Makanan – Penentuan Tempoh Operasi) yang dikeluarkan kepada kami pada tengah malam pada 1 Dis untuk segera menutup operasi pada pukul 12 tengah malam, ia tidak adil kepada kami.

“Juga harus ada budi bicara dalam penguatkuasaan undang-undang. Jika tidak, ia hanya akan mencemarkan reputasi dan imej Perbadanan Labuan sebagai pihak berkuasa tempatan,” katanya  dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini, pada Sabtu.

Surjit berkata persatuan itu akan menyerahkan memorandum aduan (dan dialog) kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Aliasuntuk penyelesaian yang sesuai bagi isu yang dihadapi pengusaha kedai makan dan bistro di Labuan.

“Perbadanan Labuan harus bekerjasama dengan pengusaha perniagaan untuk menambah baik persekitaran.

“Sebelum ini, kedai makan dan bistro di Labuan dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 2 pagi berdasarkan SOP Majlis Keselamatan Negara bertarikh 11 Okt, 2021” katanya.

Sementara itu,  Setiausaha Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan India Labuan, Balvir Singh berkata pendekatan tidak mesra perniagaan hanya akan menjadikan Labuan sebagai destinasi yang tidak menarik untuk perniagaan dan pelaburan.

“Perbadanan Labuan sepatutnya menjadi seperti pihak berkuasa tempatan lain di bandar-bandar utama di negara ini dengan menjadi fasilitator untuk perniagaan dan bukannya menghukum.

 â€śTindakan menghukum komuniti perniagaan hanya akan menjejaskan aktiviti perniagaan dan adalah lebih baik Perbadanan Labuan menggunakan pendekatan mesra perniagaan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi Labuan,  ini kerana perniagaan baru saja mula ke arah pemulihan,” katanya.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan secara tiba-tiba akan memberi kesan kepada perniagaan dan menyukarkan pengusaha untuk menampung perbelanjaan mereka termasuk gaji pekerja.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN