30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Malim dan Porter Gunung Kinabalu terima sumbangan RM50 ribu daripada KM

Persatuan Malim Gunung Kinabalu (PEMANGKINA) menerima replika cek disampaikan Hajiji

KUNDASANG: Persatuan Malim Gunung Kinabalu (PEMANGKINA) dan Persatuan Porter Gunung Kinabalu menerima sumbangan berjumlah RM50,000 yang disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor di sini pada hari Khamis.

Sumbangan tersebut diberikan sempena Program Penyerahan Sumbangan Kepada Malim Gunung dan Vaksinasi Petugas Gunung Kinabalu bertempat di Dewan Kinabalu, Taman Kinabalu.

Dalam program itu, PEMANGKINA menerima sumbangan berjumlah RM30,000 manakala Persatuan Porter Gunung Kinabalu menerima sumbangan berjumlah RM20,000.

Selain daripada itu, Hajiji turut menyampaikan sumbangan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 kepada 15 orang wakil Malim Gunung Kinabalu.

Replika Cek…Wakil Persatuan Porter Gunung Kinabalu menerima sumbangan disampaikan Hajiji

Turut berlangsung dalam program tersebut ialah penyampaian sumbangan facemask kepada Pusat KawaIan Operasi Bencana (PKOB) Ranau, Pejabat Parlimen Ranau, UPPM Kundasang, UPPM Paginatan dan juga UPPM Karanaan.

Selepas melaksanakan penyampaian sumbangan-sumbangan, Hajiji dan lain-lain menyaksikan program imunisasi COVID-19 kepada para malim gunung, petugas Gunung Kinabalu dan juga para Petugas Restoran Laban Rata.

Dalam program itu, beliau turut menerima taklimat oleh Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Bin Samsir berkenaan situasi COVID-19 dan juga program Imunisasi di daerah ini setakat ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap Adun Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Bin Ariffin, Timbalan Menteri II Kementerian Dalam Negeri, Jonathan Yasin, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Adun Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, beberapa menteri kabinet negeri yang lain, Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, Pegawai Daerah Ranau yang juga Ketua Bencana Daerah Pusat Operasi Kawalan (PKOB), Syahrin Samsir, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Bin Lomudin antara lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN