26.7 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PERMUAFAKATAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN IMPAK KEPADA KECEMERLANGAN PRESTASI SEKOLAH: ABIDIN

Nordin (kiri) menyampaikan cedera kenangan kepada Abidin

LABUAN: Amalan sentiasa bermuafakat dalam kalangan pemimpin khususnya pengurusan Guru Besar akan memberi impak terbaik terhadap kecemerlangan prestasi sekolah melalui pelbagai program yang dirancang bersama pengurusan sekolah, guru serta komuniti termasuklah Jalinan dan Jaringan dalam menjayakan sesuatu program anjuran bersama antara sekolah dalam dan luar negara.

Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan YBrs. Tuan Haji Abidin Haji Marjan berkata penganjuran STEM Exploration Camp 2024, Peringkat Antarabangsa yang dikelolakan bersama oleh Persatuan Guru Besar Malaysia Negeri Sabah (PGBMNS) antara usaha dalam meningkatkan kemahiran murid dalam bidang STEM.

Justeru katanya kerjasama erat kalangan pemimpin sekolah dalam menjayakan program yang dianjurkan menjadi kekuatan kepada sekolah yang akan menjadi penganjur selain sekolah lain juga akan mendapat manfaat terutama murid yang menjadi peserta kelak.

” Saya yakin kepimpinan yang ada kepada Semua Guru Besar khususnya PGBM akan dapat menjayakan apa juga yang dirancang oleh pengurusan sekolah dan guru untuk kemanjadian murid secara berterusan” katanya dalam sesi perjumpaan Profesional sempena Kunjungan hormat Exco Persatuan Guru Besar Malaysia Negeri Sabah dekat ini.

Kunjungan julung kali itu disertai lebih 30 pemimpin Strategik sekolah terdiri daripada Exco Dan Pegawai Tadbir PGBM Sabah terdiri Guru Besar dan Proksi sekolah-sekolah seluruh Sabah.

Abidin(duduk tengah) bersama Exco PGBM Sabah Dan PGBM WP Labuan serta sebahagian Pegawai JPN Labuan.

Sementara itu Yang Dipertua PGBMS Tuan Nordin Mohd Taip dalam Ucapan balasnya yakin dan memberi jaminan kerja sama dan sokongn pihak Kementerian, Jabatan dan Pejabat Pendidikan dalam menjayakan program yang dilaksanakan Oleh sekolah beliau yang dijangka pada akhir bulan November tahun ini, khususnya dalam meningkatkan prestasi murid berjaya mencapai tahap minimum dalam Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) selain menerokai bidang baru sebagai persiapan dalam melaksanakan pengajaran dan Pembelajaran era digital.

“Perkongsian pintar terhadap apa juga intervensi dan gaya kepimpinan sekolah-sekolah yang cemerlang dapat membantu rakan-rakan strategik Guru Besar untuk memantapkan pengurusan sekolah yang juga salah satu usaha agar semua sekolah diurus selaras dengan Landskap Baharu Jabatan Pendidikan Sabah Dan PGBM sebagai peneraju Sepakat Sabah Hebat”katanya.

Turut hadir YDP PGBM Wilayah Persekutuan Labuan Tuan Mohd Gafar Maidin menyambut baik amalan baik Perkongsian Pintar sekolah cemerlang melalui program penandaarasan warga pemimpin dan guru sama ada dalam atau luar Negeri malah diperingkat Antarabangsa.

Beliau juga memberi komitmen untuk sentiasa berkongsi kejayaan-kejayaan sekolah selain hadir sebagai peserta bagi program STEM Exploration Camp 2024 anjuran sekolah khususnya dengan kelolaan bersama pemimpin dalam PGBM Sabah.

” PGBM WP Labuan sentiasa memberikan komitmen juga sokongan rakan-rakan PGBM Sabah yang aktif dalam menganjurkan pelbagai program usaha sama dengan Jabatan, PPD juga warga Pendidikan melalui Permuafakatan dalam kepimpinan Pendidikan” katanya.

Majlis kunjungan hormati dimeriahkan lagi dengan Penyampaian cenderamata antara JPN Labuan, PGBM WPL Dan PGBM Sabah selain lawatan penandaarasan sekitar JPN Labuan. – Olleh: Francis Andin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN