Hajiji dan James sempat berswafoto dengan sebahagian ahli mesyuarat MTMD, di Menara Kinabalu, pada Isnin.
KOTA KINABALU: Usaha bersepadu perlu diperkasakan lagi bagi membendung permintaan dan penawaran dadah haram di Sabah, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Beliau yang juya Pengerusi Mesyuarat Tindakan Membenteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sabah.berkata, Sabah merekodkan peningkatan 7.5% penagih tahun lalu — satu angka yang membimbangkan walaupun kita masih di bawah paras nasional.
“Fokus tahun ini akan diberikan kepada dua kawasan berisiko tinggi iaitu Penampang dan Balung di Tawau dengan usaha memastikan tujuh kawasan sedia ada kekal dalam status hijau.
“Ini bukan tugas satu pihak semata. Ia memerlukan komitmen seluruh agensi, masyarakat dan kepimpinan akar umbi.
“Usaha ini mesti dilakukan demi menjaga anak-anak kita dan demi masa depan Sabah. Kita mesti terus melawan ancaman ini bersama,” tegas beliau.
Hajiji berkata demikian dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri (MTMD) di Menara Kinabalu, di sini pada Isnin.
Justeru kataya, perlu ditegaskan bahawa usaha bersepadu perlu diperkasakan lagi bagi membendung permintaan dan penawaran dadah haram di Sabah.
Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib.



