27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perkongsian amalan baik dalam kepimpinan Guru Besar sekolah mampu capai prestasi cemerlang

FrancisCa John (tengah) menyampaikan Cek sumbangan kepda salah seorang MGB Daerah, bagi pihak MGBN sabah disaksikan Kasbulah (kiri)dan Sakim (Kanan)

Oleh: Francis Andin

KENINGAU:Perkongsian amalan baik dalam kepimpinan Guru Besar sebagai Peneraju dan Pendorong organisasi di sekolah-sekolah dinegeri ini mampu menjadikan semua sekolah mencapai prestasi cemerlang dalam semua bidang Fungsi sesebuah sekolah.

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Keningau Sektor Pembelajaran, Puan FrancisCa John , berkata fungsi sekolah merangkumi Organisasi, Kurikulum,Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum, mampu mencapai tahap cemerlang dalam pengurusan , sekiranya semua pemimpin sekolah saling bertukar pandangan, pendapat dan perkongsian idea yang kreatif, inovatif dan proaktif.

“Peranan Guru Besar sebagai pembimbing, peneraju serta pendorong dalam organisasi perlu diterjemah dalam bentuk perancangan strategik sekolah dalam jangkamasa yang ditetapkan untuk dicapai, membabitkan seluruh tenaga sumber disekolah”katanya ketika berucap dimajlis Penangguhan Mesyuarat Profesional Kepimpinan Guru Besar Jabatan Pelajaran sabah dekat sini semalam.

Kasbulah(kiri) menyampaikan bendera kepada Pengerusi MGB Keningau Sakim(kanan)disaksikan FrancisCa (tengah)


Beliau yang mewakili pihak Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah berkata melalui pengisian Mesyuarat yang diadakan selama tiga hari itu, menunjukkan kesatuan serta kebersamaan antara pengurus sekolah dalam memastikan sekolah mencapai prestasi cemerlang, sekaligus membantu merealisasikan slogan Sabah Hebat, Katakan Tidak kepada No16 dan Katakan Ya kepada nombor 10 yang terbaik.


Sementara itu, berucap dimajlis yang sama, Yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Sabah (MGBNS) Kasbulah Mangun berkata mesyuarat kali ini bertemakan betsama melangkah kehadapan dengan halatuju kepada kemajuan sekolah dan kebajikan warga guru termasuk Guru Besar dengan mweujudkan beberapa siri pengurusan terbaik dalam kalangan penjawat Guru Besar.


Katanya Program mesyuarat diselitkan dengan aktiviti Riadah, Lawatan Penandaarasan tiga buah Sekolah di daerah ini yang telah mencapai pelbagai kejayaan diperingkat Daerah,negeri dan kebangsaan serta Antarabangsa .


Katanya antara sekolah itu ialah Kebangsaan (SK) Kampung Biah, SJK Cheng Meng dan SK Membulu. Dalam lawatan itu MGBNS telah berkongsi amalan baik sekolah selain memberikan sumbangan kebajikan kepada sekolah Kebnagsaan kampong Biah sebanyak RM1500.

Puan FrancisCa (kiri sekali) bersama sebahagian daripada ahlijawatankuasa tertinggi Mesyuarat Profesional Kepimpinan Guru Besar Jabatan Pelajaran Sabah


Dalam pada itu, Kasbullah juga menyampaikan sumbangan kewangan kepada setiap MGB daerah sebagai penghargaan mengikut keaktifan dalam menyumbang kepada pengurusan di peringkat MGBNS khususnya dalam membantu menyeberluaskan penyelarasan baju koprat,bendera sekolah, bukupanduan Transisi dan MYsg serta beberapa tabung kebajikan.

Majlis dimeriahkan lagi dengan Makan Malam Keluarga MGBNS serta pelbagai program ilmu antaranya Taklimat Pengurusan mySG, Pengurusan Fail, KPI JPN dan Taklimat berkaitan Kohort umur oleh Tuan Azizul Tumin ,Penolong Pengarah Unit Menengah dan Tingakatan 6, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Sabah.

Hadir sama Pengerusi MGB Keningau Sakim Ibrahim , Timbalan Jinli Ramli dan naib 1 Dr Pranchis Andin-ends

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN