29.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perjumpaan siri ketiga bersama ketua-ketua adat DUN Bingkor bincang isu-isu semasa: Robert Tawik

Robert (duduk tengah)bersama Ketua-Ketua Adat yang hadir pada perjumpaan itu.

KENINGAU:Perjumpaan siri yang ketiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin ketua-ketua adat DUN Bingkor membabitkan 15 Ketua Kampung dari Mukim Apin-Apin di Bilik Mesyuarat Pexaholic Cafe di Bandar Baharu Keningau  hari ini.

Perjumpaan siri ketiga ini diadakan selepas perjumpaan dengan ketua-ketua adat Mukim Tuarid  Taud  dan Mukim Bingkor.

Ketua-Ketua Kampung yang hadir adalah dari Kampung Ritting, Lambanga,Kirokot Baru, Kikiran,Semangkok, Ranggon, Sungoi, Kepayan Lama, Gasabon, Pangas Ulu, Umpason, Nuntunan, Takad, dan Matanoi.

Perjumpaan ini diadakan bagi mengetahui dan membincangkan isu-isu semasa serta memberi penerangan berkenaan peranan Ketua-Ketua Adat.

Dalam perjumpaan itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyarankan  sekali lagi kepada  Ketua-Ketua adat dikalangan  ketua-ketua kampung agar mengambil berat terhadap menjaga hak-hak   orang kampung berkenaan dengan  tanah kampung masing-masing.

Katanya, Kerajaan telah memberikan kepercayaan kepada  Ketua Kampung sebagai pasukan barisan hadapan kerajaan untuk membantu kerajaan menyampaikan program-program kerajaan khususnya Program Sabah Maju Jaya.

“Tanggungjawab  yang dipikul oleh Ketua-Ketua kampung adalah amanah yang sangat besar  untuk rakyat. Beri perhatian dan ambil tindakan segara apabila  ada permasalahan yang dilaporkan oleh penduduk kampung dan hendaklah diselesaikan  dengan beberapa segara dan  adil” tegasnya

Robert juga meminta Ketua-Ketua Kampung sentiasa peka kepada dasar dasar kerajaan dan menyampaikan serta menyebarkan kepada rakyat.

Hadir sama pada majlis ini, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Junior Fred, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Tinus Majip, Pemaju Mukim Apin-Apin Dennis Joakim, Ketua Daerah Daniel Palangi, Ketua Anak Negeri Bernard Micheal, WKAN, Alex Amik dan Timbalan Ketua Bahagian STARSABAH Bahagian N.40 Bingkor Robert Paulus.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN