Perjanjian dimeterai, padang ragut seluas 1474.8 kini bahagikan kepada tiga lot

Perjanjian dimeterai, padang ragut seluas 1474.8 kini bahagikan kepada tiga lot

Anthonius @ Poutin  sulom (tengah)bersama Anis Intang (kiri)dan  Wanah R. Kulisang menunjukkan surat perjanjian  pembahagian lot padang ragut yang telah ditandatangani.

TAMBUNAN:Padang ragut yang berkeluasan 1474.8 ekar dimiliki tiga kampung di daerah ini iaitu Kuala Monsok, Monsok Tengah dan Monsok Ulu yang dahulunya diusahakan bersama kini bahagikan kepada tiga lot dengan keluasan masing-masing 491.6 ekar namun ianya masih dalam  satu geran besar.

Menurut bekas Pengerusi Padang Ragut itu Pius Kiob, tujuan pembahagian kawasan ini adalah untuk memudahkan penduduk di ketiga-tiga buah kampung berkenaan dapat menyimpan haiwan ternakan masing-masing dengan lebih teratur dan terjaga  sesuai dengan saranan Pegawai Daerah Tambunan di mana binatang ternakan hendaklah dikurung di padang ragut ataupun di kilong masing-masing.

Selain daripada itu katanya, ianya dapat mengelakkan daripada haiwan ternakan berkeliaran di kawasan jalan raya, perkampungan dan merosakkan tanaman penduduk di sekitar kampung berkenaan.

Pemimpin-pemimpin masyarakat ketiga-tiga buah kampung yang hadir pada majlis menandatangani perjanjian pembahagian lot padang ragut itu.

“Pembahagian lot ini disambut baik kesemua penduduk kampung di ketiga-tiga kampung berkenaan” katanya.

Jelasnya, perjanjian menandatangi surat pembahagian lot ini disaksikan oleh Ketua Anak Negeri  Joannes Tasim dan  Pemaju Mukim Monsorulung Angeline Edwin, wakil penduduk bagi ketiga-tiga kampung.

Beliau berkata, perkara pembahagian lot padang ragut ini sudah lama dibincangkan namun selama ini ianya tidak  dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu.

“Namun dengan adanya undang-undang baru di mana haiwan ternakan yang berkeliaran di kawasan jalan raya dan perkampungan akan di tangkap dan pemiiknya akan didenda maka pembahagian lot berkenaan dapat dilaksanakan pada masa ini”  katanya.

Sementara itu Ketua Anak Joannes Tasim berkata, setelah pembahagian lot ini dilaksanakan beliau berharap kawasan padang ragut berkenaan dapat dimajukan demi genarasi akan datang.

Beliau  juga berharap tiada lagi isu haiwan seperti kerbau  dan lembu yang merosakan tanaman orang kampung.