29.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perhimpunan Aman tuntut SMK Kundasang dikembalikan ke tapak asal diadakan 31 Disember ini.

Oleh : ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Satu perhimpunan aman untuk menuntut SMK Kundasang dikembalikan semula ke tapak asal akan diadakan pada 31 Disember ini di Kundasang.

Ketua penganjur perhimpunan, Japiril Suhaimin dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, lokasi perhimpunan ialah di tapak asal SMK Kundasang dekat Kg.Lembah Permai di sini bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Katanya, seluruh masyarakat Kundasang tanpa mengira kaum dan ideologi politik, diajak untuk turun menyertai perhimpunan aman itu dengan satu suara, satu tekad iaitu menuntut kepada kerajaan agar mengambalikan semula SMK Kudasang ke tapak asalnya.

“Kehadiran dan penyertaan khususnya masyarakat Kundasang pada 31 Disember ini adalah sangat penting, malah ianya sebagai bukti bahawa kita bersungguh-sungguh untuk menuntutnya demi kepentingan pendidikan anak cucu kita di Kundasang.

“Selaku ketua penganjur dan juga Yang Dipertua PIBG SMK Kundasang, saya telah memohon permit kebenaran berhimpun pada Selasa ini daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau.

“Saya juga menegaskan bahawa perhimpunan tersebut bukan perhimpunan politik dan tiada motif politik walaupun saya orang politik,” tegas Japiril.

Menurut Japiril, sudah hampir tujuh tahun berlalu, bangunan SMK Kundasang ditinggalkan dan terbiar selepas beberapa blok bangunan disahkan tidak selamat digunakan.

Dalam tempoh beberapa tahun itu katanya, pelajar SMK Kundasang terpakasa menumpang bekas bangunan lama SMK Agama Ranau yang terletak kira-kira 16 Kilometer dari Pekan Kundasang sementara menunggu bangunan baharu SMK Kundasang siap dibina.

Namun jelasnya, sehingga kini tiada tanda-tanda SMK Kundasang yang baharu akan dibina walaupun peruntukan sebanyak RM43 juta diluluskan pada tahun 2014 dan dijangka siap pada tahun 2016 yang lalu.

Menurutnya lagi, sepanjang temoh itu sehingga kini, ibu bapa pelajar terpaksa menanggung pelbagai kos tambahan terutama kos pengangkutan.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN