26 C
Kota Kinabalu
Selasa, April 30, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pergerakan trafik balik kampung di Terminal Feri Ro-Ro Labuan berjalan lancar

DSP Ridzuan ketika bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Op Lancar 22/2024 sambil diperhatikan ASP Rechi (kanan sekali)

LABUAN: Pergerakan trafik di sekitar Jalan Merdeka berhampiran dengan Terminal  Feri Ro-Ro dijangka terus meningkat berikutan kenderaan mula berpusu-pusu  untuk balik ke tanah besar Sabah selepas bercuti Hari Raya Aidilfitri di pulau bebas cukai ini.

Selain itu,  pergerakan masuk kenderaan yang balik bercuti dari tanah besar Sabah, Sarawak dan Brunei Ke Labuan  juga turut meningkat sekaligus menjadikan jalan di kawasan pusat bandar akan bertambah sibuk.

Bagi memastikan pergerakan lalu lintas di kawasan tersebut berjalan lancar,  pihak Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, telah  melancarkan Op Lancar 22/2024 dengan menempatkan beberapa anggota trafik di kawasan  berkenaan bermula awal pagi semalam (Ahad).

Timbalan Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan,  DSP Robin @ Ridwan  Ismail  berkata, Op Lancar yang dijalankan adalah  bertujuan memastikan pergerakan lalu lintas di kawasan itu  berjalan lancar selain  mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Pihak Polis di sini  melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik telah melaksanakan Op Lancar 22/2024 selama enam hari bermula hari ini (14 April) bagi memastikan kelancaran lalu lintas di kawasan tumpuan  khususnya di Jalan Merdeka berhampiran Terminal Feri Ro-Ro serta  beberapa jalan lain seperti di jalan Tun Mustapha dan jalan Patau-Patau susulan bermulanya  sesi persekolahan  yang akan bermula pada Isnin ini ” katanya ketika melancarkan Op Lancar peringkat Labuan di sini, pagi Ahad.

 Sementara itu, beliau berkata sebanyak lapas kes kemalangan jalan raya   telah direkodkan sepanjang  enam hari  Ops Selamat 22/2024   dijalankan  sempena Hari raya Aidilfitri berbanding 3 kes direkodkan pada Ops Selamat 21/2023.

“ Bagaimanapun lapan kes yang dicatatkan itu merupakan kes kemalangan kecil tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau  kemalangan jiwa” katanya.

Selain itu katanya,  sebanyak 76 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas  sepanjang Op Selamat 22/2024 berbanding 89 saman yang dikeluarkan pada Op Selamat 21/2023.

Hadir sama,  Ketua Bahagian Siasatan dan penguatkuasaan Trafik IPD Labuan, ASP Rechi Anak John Chuhing.

 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN