26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perbadanan Labuan kenal pasti tanah rezab untuk golongan belia bertani


LAWAT…. Dr Fary (tengah) ketika melawat tapak semaian Kebun Komuniti Layang-Layangan, pada Rabu.


LABUAN: Perbadanan Labuan akan mengenal pasti tanah-tanah rezab milik Perbadanan Labuan mahupun kerajaan yang kosong untuk golongan belia menceburi bidang pertanian melalui Program Kebun Komuniti.


Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman berkata, pihaknya akan mengenal pasti tanah rezab Perbadanan Labuan dan juga tanah kerajaan yang kosong serta tidak memerlukan prosedur yang rumit untuk membolehkan golongan belia mengusahakan tanah tersebut.


“Perbadanan Labuan akan bekerjsama dengan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan Majlis Belia Labuan dalam usaha menarik generasi muda (belia) menceburi bidang pertanian dan pada masa sama menjayakan inisiatif Kementerian Wilayah melalui program Cakna Keusawanan.
“Kita juga mahu melihat lebih ramai golongan belia terlibat dan belajar teknik-teknik mengenai pertanian di peringkat lebih awal sekaligus dapat merancakkan ekonomi dan menjadikan pertanian sumber pendapatan mereka yang lumayan” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat perkembangan pelaksanaan pertanian Program Urban Farming di kawasan Projek Kebun Komuniti Layang-Layangan, pada Rabu.


Hadir sama, Pengarah Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan Mohd Jurujh Abdullah Fauzi, Pengarah Jabatan Sosial Ekonomi Perbadanan Labuan, Dato’ Osman Che Jusoh, Pengerusi Kebun Kominiti, Haji Abdul Hamid Munad, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sibzon 4, Ustaz Ahmad Junit Aking, serta para pemimpin masyarakat yang lain.


Menurut Dr. Fary lagi, Perbadanan Labuan juga akan berbincang dengan Jabatan Pertanian untuk membantu ahli-ahli Kebun Komuniti seperti menyediakan pondok untuk menjual hasil tanaman mereka secara terus kepada pelanggan.


Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 16 Kebun Komuniti melibatkan 160 peserta telah berjaya diwujudkan dan mampu menjana pendapatan RM100 hingga RM500 sebulan tertakluk kepada keadaan cuaca.

TUAI… Dr. Fary (tiga dari kanan) menuai sayur kangkung di Kebun Komunti Layang-Layangan sambil diperhatikan Mohd Jurijh (kanan sekali) dan Ustaz Junit (dua kanan)


Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kebun Komuniti Kampung Layang-Layangan, Haji Abas Haji Khalidin dalam taklimat ringkasnya berkata, Kebun Komuniti Kampung Layang-Layangan telah diwujudkan sejak tahun 2015 dengan penglibatan 15 orang peserta yang terdiri warga emas.


“Tujuan asal penubuhannya Kebun Komuniti adalah untuk menjalin silaturahim dan melestarikan kesejahteraan sosial antara komuniti setempat.


“Bagaimanapun kemunculan program Urban Farming yang semakin tranding pada masa kini telah mengubah corak Kebun Komuniti kepada kaedah lebih moden sekaligus berjaya meningkatkan sosio ekonomi setempat.
TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN