SIDANG MEDIA…Bung ketika ditemui media selepas majlis tersebut.
Oleh: Jaafar Abd Wahid
KOTA KINABALU:Kerajaan negeri menghargai jasa dan sumbangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan media yang lain sebagai medium penyampaian berita dan informasi yang berkesan untuk membantu usaha pembangunan negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata, dalam kecanggihan dunia tanpa sempadan pelbagai berita palsu disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya di media sosial yang memburuk-burukan kerajaan dengan menyebarkan berita palsu untuk merancuni pemikiran rakyat.
“Sebagai media rasmi kerajaan kita menghargai usaha RTM menyiarkan penfian berita palsu termasuk menggunakan 24 bahasa menerusi platfrom-platfrom perkongsian maklumat yang ada “ katanya ketika ditemui selepas mengagih-agihkan buah kurma dan bubur lambuk sumbangan beliau kepada kakitangan RTM di Kompleks Bersepadu KKMM Kepayan dekat sini kemarin.
Sumbangan tersebut diterima oleh Pengarah Penyiaran Kawasan Sabah Norain Haji Bakir yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan sebahagian kakitangan RTM Sabah.
Mengulas lanjut Bung yang juga Menteri Kerja Raya mengakui peranan penting media khususnya RTM dalam menyampaikan agenda pembangunan kerajaan negeri kepada rakyat di peringkat akar umbi
“ Kerajaan Negeri mempunyai pelbagai dasar dan program untuk rakyat misalnya maklumat Koridor Pembangunan Sabah, Belanjawan Negeri dan yang terkini, Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) atau dikenali Pelan Pembangunan SMJ 2021-2025 yang perlu diketahui oleh rakyat di peringkat akar umbi” katanya
Bung berkata, maklumat-maklumat berkaitan halatuju pelan terbabit perlu diketahui oleh rakyat di negeri ini sekaligus membantu kerajaan menyampaikan agenda dirancang.
Dalam pada itu Bung yang juga Wakil Rakyat Kawasan Lamag berkata ketika negara berhadapan dengan penularan pandemik Covid-19,RTM turut memainkan peranan sebagai penyiar utama yang diyakini dalam menyiarkan pengumuman rasmi perkembangan semasa wabak berkenaan tanpa mengira masa dan situasi, sekali gus mengelakkan penyebaran berita palsu yang mengelirukan rakyat.
“ Peranan dan sumbangan RTM khususnya kakitangan yang turun ke lapangan untuk mendapatan maklumat terkini mengenai perkembangan Covid-19 , amat kita sanjung tinggi walaupun berhadapan dengan rasiko demi mendapatkan maklumat yang tepat,pentas dan terkini” katanya
Mengulas program tersebut Bung berkata ianya sebagai penghargaan beliau kepada seluruh kakitangan KKMM yang terpaksa bertugas dalam susana yang penuh cabaran ketika ini dimana selain cabaran berpuasa namun cabaran ketika menjalankan tugas semasa negara masih berhadapan dengan pandemik koronavirus Covid-19.